Program Usahawan Cilik Membuat Bunga Kertas

30 December 2016 | Berita Terkini

                  Pada 24 hari bulan yang lepas, satu program membuat dan juga mengubah bunga dilakukan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Mesilou dan seramai 20 peserta kebanyakannya adalah golongan belia. Mereka mengikuti kelas mengubah bunga ini dan mereka mempelajari bagaimana mengubah bunga dengan lebih kreatif dan kemas.  

                    Tujuan program ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat usahawan dalam kalangan cilik di kg.Mesilou ini serta mendedahkan mereka kepada aktiviti yang berfaedah sempena musin cuti sekolah ini.

                     Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan kanak-kanak dan ibubapa sendiri.