Kemudahan Awam

  • Kg Mesilou pada hari ini boleh dianggap maju berbanding tahun sebelumnya. Antara kemudahan awam yang terdapat di sekitar Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) adalah :
  1. Masjid Ar-Rahman
  2. Sekolah Kebangsaan Kg Mesilou
  3. Tadika Perpaduan
  4. Sekolah Agama Rakyat
  5. Perpustakaan Desa Mesilou
  6. Kedai Runcit
  7. Pondok Pengawal Keselamatan Kampung (RELA)
  8. Telefon Awam terletak di Kawasan Pi1M Mesilou
  • Kemudahan seperti ini memberi kesenangan kepada penduduk kampung terutamanya yang tidak mempunyai kenderaan untuk pergi ke Pekan Kundasang sejauh 10KM untuk membeli barang runcit dan keperluan harian.
  • Sejak kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Mesilou, teknologi perhubungan dan komunikasi semakin canggih dan para penduduk dapat menikmati segala kemudahan internet tanpa wayar (KTW).
  • Kemudahan Infrastruktur lain seperti Jalan Raya dan Jambatan juga berada pada tahap yang terbaik kerana jalan raya sudah dimajukan oleh kerajaan kepada jalan berturap penuh. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.