Komuniti

                    Komuniti Kg. Mesilou boleh dikatakan antara yang teraktif berbanding kampung sekitar Kundasang. Buktinya mereka mampu menganjurkan satu program peringkat antarabangsa iaitu Mesilouthon yang diikuti oleh penduduk dari dalam negara dan juga pelancong dari luar negara. Selain itu, mereka sering mengadakan majlis-majlis dan pertandingan peringkat kundasang.  Pihak luar seperti IPTA dan IPTS juga sering datang ke kampung ini untuk menjalankan kajian dari segi Geografi dan Sosial. Mereka juga sering memilih Kampung Mesilou sebagai tempat untuk menjalankan Program Anak Angkat. Dalam kesempatan ini, PI1M Kg. Mesilou juga sering menjadi tumpuan untuk para pengunjung mencari maklumat melalui internet, dan jika berkesempatan, PI1M Kg. Mesilou sering mencari inisiatif untuk mengadakan kerjasama program dengan mereka.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.