Pendidikan

           Segelintir penduduk di kampung ini mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Golongan ini banyak menjawat jawatan profesional seperti guru dan Jururawat. Manakala sebahagian lagi bekerja di Bandar Kota Kinabalu yang menyediakan jawatan yang sesuai dengan kelulusan mereka. Sebilangan penduduk pula rata-rata mempunyai pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, manakala golongan warga tua ada yang pandai menulis dan membaca walaupun tidak bersekolah secara rasmi. Penduduk kampung juga tidak lagi ketinggalan dalam aspek teknologi maklumat dan internet kerana telah diberi Latihan ICT secara percuma setiap bulan di Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Mesilou. Selain itu, mereka turut didedahkan kepada keselamatan Internet melalui Ceramah Klik dengan Bijak yang diajalankan oleh Pusat Internet Kg. Mesilou.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.