Berita & Aktiviti Terkini

Anniversary Pi1M 2017

29 March 2017 | Berita Terkini

Ulang tahun Pi1M Kg. Muhibbah yang ke-4 telah telah disambut secara kecil-kecil pada 29 Mac 2017 bersama-sama 15 orang ahli Pi1M yang aktif. Aktiviti ini diadakan bermula dari pukul 3.00-5.00 petang. Objektif program ini diadakan untuk: Merapatkan hubungan silaturahim antara pihak Pi1M dengan komuniti setempat Mempromosikan program baru yang bakal diadakan di Pi1M Menghargai pembinaan Pi1M di kawasan Kg.Muhibbah Menjadikan Pi1M tempat menimba ilmu ICT Pengumuman ahli aktif dan taklimat Klik Dengan Bijak diadakan sebagai aktiviti selingan. Pihak Pi1M berharap ulang tahun Pi1M dapat disambut setiap tahun bagi menghargai kewujudan Pi1M yang telah banyak memberi... read more

Homemade Puding Roti

29 March 2017 | Berita Terkini

Pada 29 Mac 2017, Pi1M Kg. Muhibbah dan Pi1M Rh. Benjamin bekerjasama untuk menganjurkan Program Homemade Puding Roti bersama 15 orang surirumah di pondok riadah rumah panjang Benjamin Angki.. Tujuan program ini ialah: Menghasilkan produk keusahawan Memberi pendedahan kepada surirumah cara untuk menjana pendapatan Mengeratkan hubungan baik dengan penduduk sekitar Taklimat ringkas keusahawanan dan Klik Dengan Bijak sebagai aktiviti selingan. Demostrasi membuat pudding roti telah dilakukan  oleh Cik Siti. Pemilihan resepi ini sesuai memandangkan ianya ringkas, cepat dan mudah untuk disediakan. Jadi, secara tidak langsung ini merupakan peluang surirumah untuk menjana pendapatan.   ... read more

The Making of Kanowit Video

21 March 2017 | Berita Terkini

Filem dan video merupakan bahan media yang penting masa kini. Bahan-bahan ini mampu mempengaruhi pemikiran khalaya. Pi1M Kg. Muhibbah telah menjalankan aktiviti pengambaran video di sekitar kawasan Kanowit untuk “Page Facebook” Menarik Di Kanowit pada 22 Mac 2017. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk melaporkan dengan cara menggambarkan perincian peristiwa sekitar kawasan Kanowit. Pengambaran secara langsung ini adalah gabungan atau kerjasama diantara Pusat Internet I Malaysia di sekitar kawasan kanowit iaitu, Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Muhibbah, Pusat Internet 1 Malaysia Pekan Kanowit, Pusat Internet 1 Malaysia Rh Benjamin dan Pusat... read more

Long Rich Program

10 March 2017 | Berita Terkini

Pada 10 Feb 2017, Pi1M Kg. Muhibbah menghadiri Long Rich program anjuran Perpustkaan Desa Taman Muhibbah. Seramai 27 peserta yang hadir pada pagi tersebut. Tujuan program adalah untuk memperkenalkan peserta kepada peluang perniagaan bersama Long Rich. Selain itu, menanam semangat untuk berniaga dan menambah sumber pendapatan. Antara aktiviti yang dijalankan ialah demo pengunaan produk Long Rich seperti ubat gigi, tuala wanita, shampoo, sabun dan lain-lain. Pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut dijalankan. Melalui aktiviti seperti ini, pihak Pi1M dapat mengenalpasti peserta berpotensi untuk menjadi usahawan. ... read more

Script To Screen Pi1M

13 March 2017 | Berita Terkini

Pi1M Kg. Muhibbah telah menjalankan aktiviti Sript To Screen Pi1M pada 13 Fab 2017. Aktiviti diadakan sempena musim cuti sekolah untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah. Tujuan aktiviti ini ialah: Memudahkan lagi proses penghasilan video. Melahirkan rasa minat dalam proses rakaman dan mengedit video pendek. Berkongsi pendapat dan idea melalui proses penghasilan video yang telah dipelajari. Seramai 10 pelajar mengikuti aktiviti ini dan dibahagikan kepada 5 kumpulan. Tema video yang dihasilkan ialah perjalanan ke Pekan Kanowit iaitu dari 5 arah kampung sekitar pekan. Contohnya ialah dari kampung Muhibbah, kampung Hilir, Rantau... read more

Usahawan Pi1M Kg. Muhibbah ( Pn. Suda Tubo)

08 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama        : Suda Ak Tubo Umur         : 41 tahun Pekerjaan : Surirumah Jantina      : Perempuan Alamat       : Perumahan  Serugin 96700 Kanowit No. Hp       : 011-15196682 Id Wechat  : DYANANASHA Perniagaan:  Peniaga kuih-muih Beliau berniaga kuih-muih secara kecil-kecilan dengan menyewa lot di hadapan  kedai Ho Kian Hua. Setaip hari beliau akan menjual sekurang-kurangya 6 jenis kuih seperti kuih melaka, bread goreng, keladi goreng, bingka labu, cucur sayur dan goreng pisang. Kedai beliau beroperasi bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga 12.00 tengahari.  . Harga yang... read more

Usahawan Pi1M Kg. Muhibbah ( Mariam Angkak)

15 March 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama        : Mariam Anak Angkak Umur         : 29 tahun Pekerjaan  : Surirumah Jantina      : Perempuan Alamat      : Rh. Jelai Nanga Tada 96700 Kanowit No. Hp       : 014-8515138 ID wechat   : maryse72 Whatsapp   : 0198552417 Facebook   : Maryse Mariam Perniagaan : Dropship (beg, kasut, baju) & Agent Jamu Susuk Dara Puan Mariam mula menjalankan perniagaan dropship dan agent Jamu Susuk Dara selepas beliau berhenti berkerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Jadi, beliau mencuba menjalankan perniagaan ini untuk menampung perbelanjaan harian memandangkan keadaan ekonomi keluarga... read more

Usahawan Pi1M Kg. Muhibbah ( Pn. Winnie Adam)

22 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama        : Winnie Adam Umur         : 28 tahun Pekerjaan : Kerani Jantina      : Perempuan Alamat       : Rh. Berawang Nanga Tada No. Hp       : 011-25045004 Email         : winnieadammith@gmail.com Perniagaan:  Dropship ( beg dan pakaian) Pn. Winnie seorang bekerja sebagai kerani di syarikat pembalakan. Gajinya sebagai kerani tidak dapat menampung perbelanjaan sebulan dengan menyara 2 orang anak yang masih kecil. Kekurangan dari segi kewangan mendorong beliau untuk menjalankan perniagaan dropship ( beg dan pakaian) atas talian. Beliau aktif berniagaan mengunakan media sosial terutamanya Whatsapp dan Wechat. Beliau turut menwujudkan Whatsapp Group ( Win Collection) bersama pelanggan setianya  manakala Wechat untuk... read more

Usahawan Pi1M Kg. Muhibbah ( Pn. Lintau Danding)

10 February 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nama        : Lintau Danding Umur         : 32 tahun Pekerjaan : Guru Jantina      : Perempuan Alamat       : Taman Hui Seng, 96700 Kanowit No. Hp       : 014-8515138 Email         : lintaudanding@hotmail.com Perniagaan:  Tupperware online Keadaan ekonomi sekarang yang tidak menentu dan peningkatkan kos sara hidup sekarang mendorong puan Lintau untuk melakukan perniagaan Tupperware secara sambilan. Perniagaan Tupperware online sangat mudah dilakukan kerana beliau tidak memerlukan kos bagi membuka kedai dan hanya mengunakan Whatsapp Group ( Tupperware To All) untuk menjalankan urusniaga dan berinteraksi dengan pelanggan. Perkhidmatan Kampung Tanpa Wayar ( KTW) yang terdapat di kawasan kediaman merancakkan lagi perniagaannya. Selain itu, beliau... read more

DIY Lantern Slide Show

23 February 2017 | Berita Terkini

Seramai 10 peserta  telah menyertai DIY Lantern Slide Show  yang diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia  Pekan Kanowit pada 23 Febuari 2017.Aktiviti ini amat bersesuaian sempena menyambut Tahun Baru Cina. Mereka dikehendaki membuat slide dengan menggunakan Microsoft Power Point   berpandukan youtube atau maklumat dari google. Seterusnya, mereka akan membuat persembahan slide masing-masing. Aktiviti ini memberi banyak faedah terutamanya adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim antara pihak Pi1M dengan masyarakat setempat pada musim perayaan. Selain itu, menyemarakkan semangat perpaduan dan memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina ... read more

lagi berita & aktiviti