Hari Sukan Negara, peringkat Kg. Muhibbah, Putatan

08 October 2016 | Berita Terkini

KETERANGAN PROGRAM

Program :

Hari Sukan Negara Peringkat Kg. Muhibbah

Tarikh :

8 Oktober 2016

Masa :

12.00 tengahari sehingga 5.00 petang

Tempat :

Dewan Kg. Muhibbah

Jumlah Peserta :

20 orang

Aktiviti :

Pada 8 Oktober 2016, berlangsunglah Program Hari Sukan Negara, peringkat Kg. Muhibbah, Putatan. Program yang dijalankan serentak diseluruh negara ini disambut dengan penuh meriah.

Seramai 20 orang ahli Pusat Internet 1Malaysia telah di latih oleh staf PI1M untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh KOSPEN, Kg. Muhibbah. Antara acara yang dipertandingkan pertandingan melukis untuk kanak-kanak, bowling kelapa dan aerobik. Ahli PI1M yang turut serta telah berjaya mendapat tempat ke 2 dalam pertandingan melukis dan saguhati dalam kategori bowling kelapa.

Pada tahun hadapan, program Hari Sukan Negara, peringkat Kg. Muhibbah ini akan dianjurkan pula oleh pihak PI1M bersama dengan KOSPEN Kg. Muhibbah. Diharapkan kerjasama ini akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih rapat diantara PI1M dan komuniti.