Pertandingan Menyusun Abjad

16 October 2016 |

KETERANGAN PROGRAM

Program :

Pertandingan Menyusun Abjad

Tarikh :

16 Oktober 2016

Masa :

9.00pagi – 9.45pagi

Tempat :

Dewan Kg. Muhibbah

Jumlah Peserta :

15 orang

Aktiviti :

Pada 16 Oktober 2016, pihak PI1M telah mengadakan satu pertandingan iaitu “Pertandingan Menyusun Abjad” yang dibuka untuk pelajar dan ahli PI1M yang berumur dibawah 12 tahun.

Seramai 15 orang peserta telah menambil bahagian dalam pertandingan ini. Soalan-soalan di dalam pertandingan ini adalah diambil dari isi-isi penting kelas Klik Dengan Bijak yang telah diadakan sebelum ini. Antara soalan berkenaan adalah berkenaan dengan telco-telco yang ada di Malaysia dan istilah-istilah serta jargon dalam Internet.

Pemenang pertama jatuh pada adik Firdaus, tempat ke dua, adik Nurul Anis dan tempat ke tiga pula jatuh kepada adik Ainul Mardiah. Pertandingan ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara staf dan ahli, namun ia juga dapat membuatkan peserta mengingat kembali apa yang telah mereka pelajari dalam kelas Klik Dengan Bijak.