Keusahawanan Suriah Binti Hussin

26 October 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan khsusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang berjaya.

Begitulah kisah usahawan muda bernama Suriah Binti Hussin yang berusia 33 tahun. Beliau telah berkahwin dan mempunya dua orang anak. Dengan  berbekalkan modal sebanyak RM 200. Beliau memulakan perniagaan menjual buah secara kecil-kecilan di tepi jalan untuk membantu menampung keluarga. Hasilnya keuntungan yang beliau peroleh sangat lumayan. Kini dia telah menambah kuantiti buah serta mempelbagaikan hasil jualan seperti menjual air.

Buah-buahan boleh didapati dengan harga serendah RM 1.00. Antara buah-buanhan yang dijual ialah betik, jeruk betik, jambu batu, jambu air, tembikai, tembikai susu nenas, sejuk campuran dan kedondong.