Pertandingan Kuiz Klik Dengan Bijak

12 November 2016 |

KETERANGAN PROGRAM

Program :

Pertandingan Kuiz Klik Dengan Bijak

Tarikh :

06hb November 2016

Masa :

9.00 – 10.00 pagi

Tempat :

Pusat Internet 1Malaysia

Jumlah Peserta :

10 orang

Aktiviti :

Pada 6hb November 2016, Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah, Putatan telah mengadakan Pertandingan Kuiz Klik Dengan Bijak dan telah diadakan di ruang melayari Internet.

Pertandingan Kuiz Klik Dengan Bijak ini disertai oleh 10 orang pelajar yang juga merupakan ahli PI1M yang aktif. Pertandingan ini diadakan untuk menguji pemahaman peserta dengan apa yang telah mereka pelajari semasa kelas-kelas Klik Dengan Bijak berlangsung selama ini.

Kesemua peserta berjaya menjawab soalan kuiz dengan betul dan staf PI1M turut menguji mereka dengan soalan berciri “Rapid Fire” dan keputusan yang diterima adalah sangat baik dimana kesemua mereka berjaya menjawab soalan dengan betul.

Pertandingan ini akan diteruskan pada masa akan datang untuk memastikan pemahaman mereka tentang keselamatan mereka ketika melayari Internet adalah terkini dan selari dengan intipati program Klik Dengan Bijak.