USAHAWAN ARMAN (Pak Basto Drinks)

26 November 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Kegagalan merupakan satu lumrah yang biasanya akan dihadapi oleh para peniaga. Tetapi tidak bermakna kegagalan tersebut akan membuatkan kita terus gagal dan tidak boleh mengecapi kejayaan selepas itu. Malah kegagalan dalam perniagaan sekiranya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai satu motivasi pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang telah mengalami kegagalan. Motivasi yang tinggi merupakan satu resepi bagi setiap kejayaan.

Ia dapat dibuktikan melalui usahawan muda bernama Arman Bin Rahman yang berusia 32 tahun. Mula mencerburkan diri dalam bidang usahawan sejak Januari 2015, dengan penjualan air berperisa. Kini beliau menambah kepada snek petang iaitu ‘waffle pandan’. Terdapat beberapa minuman yang boleh didapati di gerai beliau iaitu Green tea, Chocolate, Cappucino, Latte, Yam, Mocha, Honeydew, Hazelnut, Milo, White Coffee, Strawberry, Mango dan lain-lain lagi dengan harga serenda RM3.50 untuk 22 oz dan RM6.00 untuk 32oz.Manakala waffle juga boleh didapati dalam harga yang berpatutan.