Usahawan Nasi Campur Jumbo

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nasi campur. Terbayangkan beraneka lauk yang sangat menyelerakan. Sebuah gerai yang hanya berbumbungkan sebuah kanopi yang dididirikan di tepi sebuah kedai gambar mampu menarik ramai pelanggan untuk berhenti dan melihat apa yang dijual oleh pemilik gerai tersebut. Gerai tersebut telah diusahakan oleh seorang lelaki lewat 50-an.

Nama penuh Pangiran Mahmudin Bin Pangiran Hj.Bujang atau lebih mesra dipanggil Pak Din telah memulakan perniagaan nasi campur sejak 2014. Gerai akan dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat pada jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang. Pelanggan boleh memilih sendiri lauk pauk yang hampir 20 jenis disediakan mengikut harga yang telah ditetapkan.

Lauk yang disediakan sangat menyelerakan dan harga juga agak murah jika dibandingkan harga di sebuah restoran sebagai contoh 2 lauk dan 1 sayur hanya RM 5.00. Gerai ini boleh ditemui di Taman Jumbo, Petagas.