Usahawan Pomade

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Generasi  muda yang menceburi keusahawanan dianggap penggerak utama ekonomi negara pada masa depan, namun usahawan muda ini yang masih belajar liku-liku perniagaan perlu menempuh pelbagai cabaran untuk berjaya dalam bidang tersebut.

Begitulah dengan adik Abdul Yazzid Bin Virgo  yang baru menceburi bidang perniagaan penjualan pomade. Walaupun masih bersekolah di tingkatan 4, ia tidak menghalang adik ini untuk berjinak-jinak dalam bidang ini. Pomade boleh didapati dengan harga serendah RM10.00 mengikut kuantiti dan kualiti.

Diharap adik Yazid akan menjadi seorang usahawan berjaya suatu hari nanti serta dapat menjadi penggera utama ekonomi negara pada masa akan datang.