Usahawan Kuih-muih

22 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Azleena Richard, berusia 20 tahun merupakan peniaga kuih muih di Jumbo, Petagas. Selain dari air tangan sendiri, beliau juga membantu menjual kuih-muih dari pembekal yang lain. Ternyata ia mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai yang menggemari semua jenis kuih-muihnya dengan tempahan yang tidak menang tangan setiap minggu.

Antaranya termasuklah 59 jenis kuih-muih Melayu seperti apam tepung beras, buah Melaka, agar-agar merah, cara berlauk, kuih bakar, kuih lapis, kole kacang, kuih lopes, bingka ubi dan sebagainya.