Mengenai PI1M

Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah, Putatan atau PI1M Kg. Muhibbah, dibuka kepada umum pada 18 Oktober 2013 selepas melepasi User Test Assessment (UAT) oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC). Ini merupakan salah satu usaha kerajaan untuk meningkatkan kadar celik ICT di kalangan komuniti setempat dan antara satu usaha mengukuh serta memperbaiki ekonomi komuniti. Pelbagai perkhidmatan yang disediakan di PI1M Kg. Muhibbah, diantaranya adalah;

1) Komputer

2) Kemudahan capaian Internet

3) Printing

4) Fotostat

5) Scan (imbas gambar atau dokumen)

6) Laminate

7) Kelas ICT (Percuma) bagi mereka yang telah mendaftar menjadi ahli PI1M

8) Peminjaman netbook 1Malaysia kepada ahli-ahli berdaftar.

 

Maklumat Komuniti Kg. Muhibbah, Putatan

Kg. Muhibbah, merupakan salah satu kampung yang terdapat di daerah Putatan. Putatan pula terletak di bahagian Pantai Barat negeri Sabah dan terletak di tengah-tengah antara daerah Penampang dan daerah Papar. Pada asalnya daerah Putatan ini adalah sebahagian daripada daerah Penampang namun pada 1 Mac 2007, daerah ini dengan rasminya menjadi daerah baru di negeri Sabah merangkap daerah terkecil dan termuda di Sabah. Kg. Muhibbah pula hanya terletak kira-kira 20km daripada pusat bandar (bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sabah), dan merupakan salah satu kampung yang di lengkapi dengan kemudahan dan fasiliti yang baik. Komuniti Kg. Muhibbah ini, kebanyakkanya bekerja dalam sektor kerajaan dan ada juga yang bekerja dalam sektor swasta. Namun begitu, dengan adanya Sungai Petagas yang berhampiran dan menghubungkan ke laut lepas, masih terdapat penduduk kampung yang menjadikan hasil laut sebagai pendapata mereka dan bekerja sebagai nelayan.

 

Terdapat pelbagai infrastruktu dan fasiliti yang terdapat di Kampung Muhibbah, Putatan di antaranya ialah;

1) Masjid Al-Mahabbah

2) Gelanggang Futsal (terletak di belakang PI1M Kg. Muhibbah)

3) Dewan Balairaya Kg. Muhibbah

4) Taman Permainan

5) Tabika Perpaduan (Kg. Muhibbah/Taman Jumbo A/Taman Jumbo B)

6) Kedai-kedai runcit, restoren, farmasi dan pusat-pusat kecantikan

7) Pusat tahfiz

8) Klinik Kesihatan Petagas

 

Lokasi

Lorong 3, Taman Jumbo, 88200, Petagas,Putatan, Sabah.

Daerah

Putatan

Negeri

Sabah

Populasi

668 orang

Aktiviti Utama

Bekerja dibawah majikan dan bekerja sendiri

Jumlah Keahlian (setakat 17/11/2016)

656 orang

Lat/Long PI1M

5°54'52.49"N/116° 2'51.21"E

Teknologi

Hub & Spoke – Using Fiber and Wireless Bridge

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh mula beroperasi

17.10.2013

Maklumat Pengurusan PI1M

Pengurus

Name: Zurinah Binti Zulkepli

Email: zurinah@celcom1cbc.com

No Telefon: 013 5425892

 

Penolong Pengurus

Nama: Noraini Mat Amin

Email: noraini@celcom1cbc.com

No Telefon: 013 5824482

Website

http://www.celcom1cbc.com/muhibbah-putatan

Kampung Tanpa Wayar

1)     PI1M Kg. Muhibbah, Putatan (Bangunan PI1M)

2)     KTW Kg. Muhibbah Zone 2

3)     KTW Kg. Petagas

4)     KTW Taman Bersatu Baru

5)     KTW Taman Pasir Putih

6)     KTW Taman Bersatu

7)     KTW Taman Friendship

8)     KTW Taman Mulia

9)     KTW Taman Jumbo


Tempat Menarik Berhampiran PI1M Kg. Muhibbah, Putatan

1) Lok Kawi Wildlife Park

    Alamat: 89500, Putatan, Sabah

    Tel: 088 765 710

    Lok Kawi Wildlife Park terletak kira-kira 15km daripada PI1K Kg. Muhibbah dan telah dibuka secara rasminya pada 17 Februari 2007. Ia merupakan taman haiwan liar yang bernaung di       bawah Lembaga Pelancongan Sabah. Taman ini mengabungkan zoologikal dan botanikal dan menempatkan pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan eksotik yang menarik untuk dilawati.           Taman ini dibuka setiap hari bermula pada jam 9.30pagi sehingga 5.30 petang.

2) Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil

    Alamat: Tanjung Dumpil, Putatan

    Tel: 088 218 322

    Balai Cerap Al-Biruni yang terletak di Tanjung Dumpil, Putatan merupakan antara tempat wajib untuk di lawati di daerah Putatan kerana balai cerap ini adalah satu-satunya balai cerap di     Sabah bagi pembangunan ilmu falak dan tempat melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya Ramadhan dan melihat anak bulan bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.

3) Tugu Peringatan, Petagas

    Alamat: Kg. Peringatan, Petagas

    Tel: -

    Tugu Peringatan Petagas yang terletak di Kampung Peringatan, Petagas merupakan satu struktur yang dibina untuk memperingati pengorbanan pasukan gerila Kinabalu. Tugu Peringatan       ini dibuka setiap hari kepada pengunjung yang ingin memberikan penghormatan mereka kepada pasukan gerila Kinabalu yang telah terkorban demi mempertahankan negeri Sabah.

4) One Place Mall

    Alamat: Putatan

    Tel: -

    One Place Mall merupakan sebuah pusat membeli belah yang telah dibina di Pekan Putatan. Pelbagai kedai dan fasiliti terdapat di dalam bangunan One Place Mall ini termasuklah Hotel         Soluxe yang menjanjikan kepuasan bagi pengunjung.