Ekonomi dan Keusahawanan

Ekonomi dan Keusahawanan di kawasan ini amat berkembang dengan pesat. Pelbagai aktiviti ekonomi dijalankan di kawasan ini. Sebahagian besar daripada penduduk kawasan merupakan mereka yang bekerja dengan majikan dan segolongan lagi menjadikan aktiviti pertanian dan aktiviti menangkap ikan sebagai sumber pendapatan. Bagi kelompok komuniti berhampiran Pusat Internet 1Malaysia, faktor keusahawanan yang paling menonjol di komuniti ini adalah berjual secara kecil-kecilan seperti menjual kuih muih, dan membuka gera-gerai makanan yang kecil di hadapan rumah masing-masing. Golongan wanita yang tidak bekerja dengan majikan merupakan pelopor aktiviti keusahawanan untuk menjana sedikit pendapatan bagi menampung hidup.

Sektor ekonomi penduduk di sini pula, minoritinya turut bekerja di kilang-kilang sekitar Putatan yang menumpukan perhatian kepada perindustrian pembuatan (menghasilkan hasil pemprosesan samada sekunder ataupun premier). 

Terdapat beberapa bukti perkembangan ekonomi yang menyumbang kepada penambahan pendapatan penduduk dan komuniti sekitar PI1M, antaranya dengan adanya fasiliti seperti kedai-kedai dan infrastruktur penempatan perdagangan.

EKONOMI

1) Kedai runcit dan kedai rantaian 99Speed Mart
- Terdapat beberapa kedai runcit seperti kedai runcit Pai Lee, kedai runcit Rabiah dan juga kedai runcit Rumah Merah, tidak lupa kedai rantaian 99Speed Mart yang menjual barangan keperluan seharian dan kedai-kedai berikut menjadi tumpuan komuniti dan penduduk sekitar.

2) Kedai Menjual Barangan Perkakasan Membuat Rumah (Hardware)
- Terdapat 2 kedai yang menjual perkakasan membuat rumah iaitu Kaison Hardware dan Jumbo Hardware. Sungguhpun hanya 2 kedai perkakasan, ia mempunyai impak yang besar kepada penduduk kerana terdapat golongan yang bekerja sendiri (melakukan pekerjaan rencam) dengan mengambil upah membuat rumah ataupun memperbaiki rumah di Kampung Muhibbah/Taman Jumbo ini.   

3) Pasar Basah/Pasar Sayur
- Salah satu sumber ekonomi penduduk Kg. Muhibbah ini adalah dengan menjadi nelayan. Walaupun tidak ramai lagi yang menjadikan menangkap ikan sebagai sumber ekonomi utama, pasar disediakan untuk membolehkan hasil laut dijual. Para peniaga yang berniaga di kedua-dua pasar ini terdiri dari penduduk kawasan Kg. Muhibbah/Taman Jumbo dan mereka menjual bahan keperluan/makanan seperti sayur-sayuran, daging dan hasil laut yang lain.

4) Restoren
- Terdapat hampir 5 buah restoren di kawasan Kg. Muhibbah. Antara restoren berkenaan adalah, Restoren Koboi Town, Restoren Islamic, Restoren Taufik, Restoren Seri Keningau dan Restoren Baru.

USAHAWAN PI1M KG. MUHIBBAH

1) Puan Aisah Said (Pengusaha Jumbo Street Coffee)
- Puan Aisah mengusahakan Jumbo Street Coffee. Beliau yang dibantu oleh suami beliau, menjual minuman hip yang menjadi buah mulut penduduk kampung. Terdapat tujuh jenis minuman yang di jual bersesuaian dengan harga yang murah, menarik perhatian pelanggan iaitu, White Coffee, Black Coffee, Hazelnut Coffee, Chocolate Malt, Milk Tea, Green Tea dan Iced Mineral Coffee. Setiap jenis minuman berkenaan di jual dengan harga RM3.00 untuk saiz kecil dan RM5.00 untuk saiz besar. Beliau boleh dihubungi dengan menggunakan aplikasi whatsapp di 013 8680 594 untuk penghantaran ataupun datang sendiri ke rumah beliau di Kg. Muhibbah 

2) Puan Salmah Sait (Membuat sulaman dan tempahan menjahit baju)
- Puan Salmah Sait yang juga merupakan Pengerusi JKKK Kg. Muhibbah mengambil upah membuat sulaman dan tempahan menjahit baju. Beliau yang dahulunya seorang pejawat awam mengambil upah untuk menambah pendapatan keluarga. Hasil kerja tangan Puan Salmah sangat teliti dan menjadi kegemaran penduduk sekitar Kampung Muhibbah. Beliau boleh di hubungi di 016 8390 4221.

3) Puan Salinah Abdul Rahman (Menjahit dan membuat anyaman bakul)
-Puan Salinah sudah mula menjahit baju-baju tempahan daripada orang kampung dan setelah beberapa tahun berlalu, beliau kini turut menerima tempahan daripada orang ramai. Beliau juga menerima tempahan daripada pihak KEMAS, Tabika Perpaduan dan daripada sekolah-sekolah berhampiran. Jahitan dan sulaman yang kemas serta berkualiti memungkinkan beliau menerima tempahan dari luar kawasan Kampung Muhibbah. Sekiranya tempahan meningkat, beliau terpaksa meminta bantuan daripada suaminya untuk menyiapkan tempahan berkenaan. Untuk makluman, Puan Salinah juga berkemahiran dalam menjahit manik-manik untuk baju kurung dan baju kebaya. Pada kebiasaannya, Puan Salinah akan mengenakan bayaran daripada RM45.00 untuk sepasang baju kurung sehingga RM80.00 bergantung kepada kesulitan tempahan yang diterimanya.

Selain daripada itu juga, Puan Salinah berjinak-jinak dengan kraftangan bakul dan ketika penulis berkunjung ke rumahnya, beliau sedang menghasilkan sebuah bakul plastik yang ditempah oleh pihak Kemas sebagai saguhati majlis yang akan diadakan oleh pihak berkenaan. Produk kraftangan bakul ini merupakan suatu kraf yang memerlukan tumpuan dan masa yang agak panjang bagi memastikan bakul berkenaan dihasilkan dengan berkualiti. Sungguhpun baharu sahaja bermula, produk beliau ini akan mendapat sambutan yang baik kerana selain daripada kualiti yang tinggi, Puan Salinah juga menjual produk berkenaan dengan harga yang cukup rendah iaitu RM25.00 bagi satu bakul. Beliau boleh di hubungi di 014 678 1206. 



© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.