Kemudahan Awam

Kemudahan-kemudahan awam yang terdapat di kawasan ini antaranya adalah;


1) Masjid al-Mahabbah

Masjid ini terletak hanya kira-kira 50 meter dari Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah dan salah satu tempat yang menjadi pusat dimana komuniti berkumpul terutama apabila melibatkan majlis-majlis keagamaan.

 

2) Gelanggang Futsal

Gelanggang futsal yang hanya terletak di belakang Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah menjadi tempat pemuda dan golongan kanak-kanak meluangkan aktiviti sukan mereka. Gelanggang ini juga digunakan oleh golongan ibu-ibu berzumba dan beriadah.

 

3) Klinik Kesihatan

Kemudahan awam klinik kesihatan ini pula terletak di Kg. Petagas yang juga terletak tidak jauh dari Pusat Internet 1Malaysia. Klinik kesihatan ini amat penting untuk komuniti terutamanya ibu-ibu yang mengandung untuk melakukan pemeriksaan kesihatan berkala.


4) Dewan Balairaya Kg. Muhibbah

Dewan Balairaya Kg. Muhibbah ini terletak lebih kurang 50 meter daripada PI1M Kg. Muhibbah, Putatan dan saban minggu, dewan ini digunakan untuk pelbagai aktiviti komuniti. Dewan ini juga digunakan untuk majlis-majlis rasmi dan majlis-majlis perkahwinan.


5) Taman Permainan

Taman permainan ini terletak berhampiran dengan Tabika Perpaduan dan menjadi tumpuan utama kanak-kanak sekitar kampung ini untuk menghabiskan masa mereka dengan bermain permainan di sana.

 

6) Tabika Perpaduan

Tabika Perpaduan juga merupakan kemudahan yang terdapat di kawasan ini. Tabika Perpaduan ini terbahagi kepada Tabika Perpaduan Taman Jumbo A & B (khas untuk pelajar yang tinggal dikawasan Taman Jumbo dan Tabika Perpaduan Kg. Muhibbah (untuk pelajar yang tinggal di Kg Muhibbah Lama dan Baru)


7) Pusat Tahfiz

Pusat Tahfiz ini terletak di Kampung Muhibbah Baru iaitu hampir 200 meter dari PI1M dan menurut pelajar tahfiz berkenaan, hampir 30 orang pelajar tahfiz yang sedang menuntut disana.

 

8) Deretan kedai-kedai (restoren, kedai runcit, salon, kedai menjahit)

Seperti mana taman/kampung lain, terdapat deretan kedai-kedai yang menjual barangan dan peralatan untuk kemudahan harian komuniti. Terdapat juga beberapa restoren di deretan kedai berkenaan. Selain daripada kedai-kedai, restoren, dan kedai menjahit, terdapat juga kemudahan pasar basah (menjual daging dan hasil laut) dan juga pasar sayur.

 

9) Jeti Nelayan

Dengan adanya Sungai Petagas yang menghala ke laut lepas, jeti nelayan di Kg Muhibbah yang didirikan membolehkan nelayan-nelayan kampung mempunyai akses ke laut. Sekiranya terdapat banyak hasil tangkapan, nelayan turut menjadikan jeti berkenaan sebagai tempat menjual hasil tangkapan mereka.

 

10) Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah

Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah, yang merupakan projek kerajaan dengan inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, menawarkan kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan, memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet, meningkatkan taraf ekonomi dan sosial masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di PI1M dan merapatkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.