Maklumat Tempatan

Menurut sejarah tempatan, nama Putatan berasal daripada sejenis pokok yang banyak tumbuh di sekitar kawasan iaitu pokok "Putat", namun menurut cerita dari mulut ke mulut, penjajah Inggeris menggelarkan pekan kecil (ketika itu) sebagai Putat Town, dan lama kelamaan, penduduk menggelarkan pekan kecil ini sebagai Putatan mengikut dialek tempatan. Putatan adalah sebuah pekan kecil yang dikenali sebagai 'Putat Town' oleh penjajah Inggeris.Kg. Muhibbah, Putatan terletak di bahagian Pantai Barat negeri Sabah dan terletak di tengah-tengah antara daerah Penampang dan daerah Papar. Pada asalnya daerah Putatan ini adalah sebahagian daripada daerah Penampang namun pada 1 Mac 2007, daerah ini dengan rasminya menjadi daerah baru di negeri Sabah merangkap daerah terkecil dan termuda di Sabah.

Kg. Muhibbah, Putatan pula terletak hanya 20km daripada pusat Bandar dan merupakan salah satu kampung yang di lengkapi dengan kemudahan dan fasiliti yang baik. Komuniti Kg. Muhibbah ini, kebanyakkannya bekerja dalam sektor kerajaan dan ada yang bekerja dalam sektor swasta. Namun begitu, dengan adanya Sungai Petagas yang terletak berhampiran, masih terdapat penduduk yang menjadikan hasil laut sebagai pendapatan mereka selaku nelayan.Terdapat pelbagai fasiliti dan kemudahan yang disediakan untuk kegunaan penduduk di sekitar Pusat Internet 1Malaysia, Kg. Muhibbah, contohnya Dewan Balai Raya, Gelanggan Futsal, Masjid al-Mahabbah, Pusat Tahfis, Tabika Perpaduan, deretan kedai yang terletak lebih kurang 800meter dari Pusat Internet 1Malaysia, jeti Sungai Petagas dan pelbagai kemudahan yang lain.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.