Pelancongan & Rekreasi

Terdapat beberapa buah tempat menarik di Putatan, di antaranya adalah;

1) Lok Kawi Wildlife Park

 

Alamat: 89500, Putatan, Sabah

 

Tel: 088 765 710

 

Lok Kawi Wildlife Park terletak kira-kira 15km daripada PI1K Kg. Muhibbah dan telah dibuka secara rasminya pada 17 Februari 2007. Ia merupakan taman haiwan liar yang bernaung di bawah Lembaga Pelancongan Sabah. Taman ini mengabungkan zoologikal dan botanikal dan menempatkan pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan eksotik yang menarik untuk dilawati. Taman ini dibuka setiap hari bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 5.30 petang.

 

2) Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil

 

Alamat: Tanjung Dumpil, Putatan

 

Tel: 088 218 322

 

Balai Cerap Al-Biruni yang terletak di Tanjung Dumpil, Putatan merupakan antara tempat wajib untuk di lawati di daerah Putatan kerana balai cerap ini adalah satu-satunya balai cerap di Sabah bagi pembangunan ilmu falak dan tempat melihat anak bulan untuk menentukan tarikh bermulanya Ramadhan dan melihat anak bulan bagi menentukan tarikh Hari Raya Aidilfitri.



3) Tugu Peringatan, Petagas

 

Alamat: Kg. Peringatan, Petagas

 

Tel: -

 

Tugu Peringatan Petagas yang terletak di Kampung Peringatan, Petagas merupakan satu struktur yang dibina untuk memperingati pengorbanan pasukan gerila Kinabalu. Tugu Peringatan ini dibuka setiap hari kepada pengunjung yang ingin memberikan penghormatan mereka kepada pasukan gerila Kinabalu yang telah terkorban demi mempertahankan negeri Sabah.



4) One Place Mall


Alamat: Putatan


Tel: -


One Place Mall merupakan sebuah pusat membeli belah yang telah dibina di Pekan Putatan. Pelbagai kedai dan fasiliti terdapat di dalam bangunan One Place Mall ini termasuklah Hotel Soluxe yang menjanjikan kepuasan bagi pengunjung. 


5) Tamu Putatan

 

Alamat: Putatan

 

Tel: -

 

Tamu Putatan diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad. Pelbagai barangan keperluan makanan dan harian boleh diperolehi di tamu ini. Pengunjung yang mengunjungi Tamu Putatan ini bukan sahaja dari kawasan sekitar malahan ada yang datang dari kawasan-kawasan yang agak jauh seperti Papar dan Beaufort.

 

6) Pantai Lok Kawi-Meruntum

 

Alamat: Sepanjang jalan Pantai Lok Kawi-Meruntum

 

Sepanjang jalan Pantai Lok Kawi-Meruntum, pengunjung di sajikan dengan pemandangan pantai yang cantic dan mendamaikan. Terdapat mereka yang menjadikan pantai ini sebagai tempat mencari hasil laut seperti lokan dan kima.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.