Kisah kejayaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 1

10 September 2016 | Kisah Kejayaan

Nama               :           Nor Afidah Binti Ahmad @ Ahad

Umur                :           30 Tahun

 

Nor Afidah Binti Ahmad@Ahad berumur 30 tahun merupakan seorang anak peneroka di Felda Palong Timur 3. Beliau mendapat pendidikan awal di SK Palong Timur 2 sehingga darjah 6, kemudian meneruskan pelajaran di Sekolah Tinggi Segamat. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di University Limkokwing dalam bidang Penyiaran Radio dan Television yang ditaja sepenuhnya oleh pihak FELDA sehingga tahun 2008. Kini beliau bekerja sebagai Penolong Pengurus di Pusat Internet Felda Palong Timur 1. 

Beliau juga menjalankan perniagaan kecil-kecilan secara terus (offline) dan juga online secara sambilan di rumah beliau sendiri yang beralamat di No 72, Blok 3, Felda Palong Timur 3, Batu Anam Segamat, Johor. Dengan dorongan ahli keluarga terutama suami tercinta, beliau telah menjalankan perniagaan yang didaftarkan dalam Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai GEROBOK FIRAS ENTERPRISE.

Beliau memulakan perniagaan pada Februari 2013 ketika masih lagi bekerja di Pejabat Belia Dan Sukan Segamat. Oleh kerana bekerja di bandar, permintaan terhadap barangan yang dijual mendapat permintaan yang tinggi terutama apabila barang tersebut dijual di sekolah-sekolah di bandar Segamat. Pada awalnya minat memulakan perniagaan ini sebagai suka-suka kerana pada permulaannya hanya menjual kerongsang serendah RM 0.80 hingga RM 30.00 sahaja. Beliau sangat meminati kerongsang .Oleh kerana mendapat permintaan yang agak menggalakkan, beliau melebarkan lagi perniagaannyanya dengan menjual pelbagai jenama tudung bawal seperti Aiidijuma, pakaian kanak-kanak pada harga serendah RM7, beg, aksesori wanita, dan aksesori komputer. Modal pada permulaan perniagan hanyalah dua ratus lima puluh ringgit sahaja. Berkat kesabaran beliau, beliau telah diberi bantuan Usahawan Belia di bawah Perbadanan Islam Johor (PIJ) sebanyak RM 500.00 pada Julai 2015. 

Walaupun kini beliau bekerja di luar bandar, beliau tetap meneruskan lagi perniagaannya kerana perniagaan melalui online juga banyak membantu beliau dan ada juga pelanggan dari Sabah dan Sarawak yang membeli barangan beliau. Beliau akan tetap meneruskan perniagaan ini kerana perniagaan ini bukan sahaja dapat menambahkan lagi pendapatan beliau, malahan melalui perniagaan ini beliau telah dapat menambah lagi kenalan. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan barangan yang dijual, boleh melayari akaun facebook Nor Afidah Ahmad/Gerobok Firas atau melalui telefon atau aplikasi whatsapp.

Facebook Nor Afidah Ahmad

Facebook Nor Afidah Ahmad

Promosi Yang Dilakukan Nor Afidah Ahmad

Promosi

Page Facebook Nor Afidah Ahmad

page