Program Marhaban Pi1M

23 August 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 1 dengan kerjasama Tabika Kemas Felda Palong Timur 1 telah mengadakan program Marhaban Pi1M di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 1.

Program ini telah disertai seramai 29 orang kanak-kanak tabika, 2 orang guru, dan 2 orang pembantu pengurusan murid Tabika Kemas Felda Palong Timur 1.  

Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengahari. Program ini diadakan bertujuan mengeratkan hubungan di antara pihak Pi1M dan pihak pengurusan tadika, disamping untuk memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan budaya ziarah yang dapat mengukuhkan silaturahim. Selain itu, peserta dapat menimba ilmu, pengalaman baru dan merasai suasana yang sebenar dalam kehidupan bermasyarakat, selain dapat mengamalkan adab menziarahi dan menghormati orang tua, serta dapat menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka.

Pada jam 9.30 pagi, marhaban dimulakan yang diketuai oleh Puan Aminah Bte Abd Rahman yang merupakan Guru Tabika Kemas Felda Palong Timur 1 (A) dan Cik Rohaijam Bin Jamali; Guru Tabika Kemas Felda Palong Timur 1 (B).

Selepas marhaban, bacaan doa diketuai oleh adik Mohammad Adib Syamil Bin Zulkifli, kanak-kanak dari Tabika Kemas Felda Palong Timur 1(A). Selepas itu, ucapan penutup disampaikan yang disampaikan oleh En Syakiruddin Bin Omar, pengurus Pi1M Felda Palong Timur 1. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama-sama menghadiri majlis yang diadakan oleh pihak Pi1M ini serta semua pihak yang telah memberi sokongan di dalam menyempurnakan majlis ini. Pada jam 12.00 tengahari, majlis telah tamat dan semua pihak bersurai.

Melalui progam yang dianjurkan ini telah mendekatkan lagi hubungan antara pihak pengurusan PI1M dan juga ahli masyarakat terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa kanak-kanak tabika disamping dapat menjana idea bersama untuk meningkatkan lagi kualiti PI1M.  Diharapkan program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan kerana program seperti ini sangat penting dan berguna terutama pada kanak-kanak agar mereka tahu akan kepentingan dan adab menziarahi.