Sambutan Hari Malaysia

21 September 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 1 telah mengadakan Sambutan Hari Malaysia pada 21 September 2016 hari rabu di Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong Timur 1.

Program ini dilaksanakan sebagai satu usaha untuk menanam semangat cinta dan sayangkan tanah air di dalam jiwa setiap peserta. Setiap tahun, negara akan menyambut Hari Malaysia bertujuan untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia.

Program bermula seawal jam 9.00 pagi yang disertai seramai 35 orang peserta. Sempena sambutan ini, pertandingan mewarna telah diadakan yang disertai oleh kanak-kanak Tabika Kemas Felda Palong Timur 1 (A) dan 1 (B).

Sebelum pertandingan mewarna dimulakan, kanak-kanak diberi taklimat mengenai kepentingan sambutan Hari Malaysia. Taklimat disampaikan oleh petugas Pusat Internet 1Malaysia Felda Palong Timur 1.

Pada jam 10.00 pagi, pertandingan mewarna dimulakan. peserta diberi masa selama satu setengah jam untuk mewarna lukisan yang diberikan yang bertemakan 1Malaysia. Pelbagai gelagat kanak-kanak dapat dilihat semasa menyiapkan lukisan yang diberikan.

Tepat jam 11.30 pagi, peserta dikehendaki menyerahkan lukisan masing-masing kepada guru tabika mereka untuk dibuat pemilihan pemenang. Pemilihan peserta dibuat oleh kakitangan Pi1M. Setiap kelas dipilih seorang pemenang utama. Bagi kelas Tabika Kemas felda Palong Timur 1 (A), pemenang utama ialah adik Muhammad Luzman Bin Ahmad Rifaie manakala bagi kelas Tabika Kemas felda Palong Timur 1 (B) dimenangi oleh adik Nur damia Husna Bin Mohd Herman Hadi. Semua kanak-kanak diberi hadiah saguhati. Sebelum bersurai, para peserta dan guru pengiring dijamu dengan jamuan ringan. Program berakhir pada jam 12.00 tengahari.

 Melalui progam yang dianjurkan ini telah mendekatkan lagi hubungan antara pihak pengurusan PI1M dan kanak-kanak tabika serta guru pengiring yang juga merupakan ahli Pi1M. Diharapkan program-program sebegini dapat diteruskan bagi menjelaskan serta memberi pesanan yang berguna kepada golongan sasaran selain program seperti ini sangat memberi manfaat kepada kanak-kanak. selain dapat mengetahui bakat para masing-masing.