Hari Sukan Negara

10 October 2016 | Berita Terkini

Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 1 dan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 3 dengan kerjasama Tabika Kemas Felda Palong Timur telah mengadakan program Hari Sukan Negara bersempena sambutan Hari Sukan Negara yang diadakan diseluruh Malaysia. Program ini diadakan pada 10 Oktober 2016 bertempat di Tabika Kemas Felda Palong Timur. 

PI1M sangat berbesar hati kerana En Saiful Bin Sabran (Operatian Management Pi1M) sudi untuk bersama-sama menjayakan program ini. Seramai 115 orang peserta menghadiri program ini. Program ini turut dihadiri oleh ibu bapa peserta dan juga penduduk setempat selain daripada kanak-kanak tabika.

Program bermula seawal jam 8.00 pagi dimulai dengan lagu Negaraku dan lagu Negeri Johor. Selepas itu, program diteruskan lagi dengan bacaan doa oleh En Sudarwin Bin Basir dan ucapan oleh En Wahid Bin Elias (Ketua UMNO Felda Palong Timur). Majlis diteruskan lagi dengan acara senamrobik yang diketuai oleh En Sarudin Bin Abd. Shukor. Para peserta terutama kanak-kanak sangat gembira kerana dapat membuat senamrobik secara beramai-ramai.

Program ini diadakan bertujuan untuk menyambut Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2016, disamping bertujuan melibatkan komuniti dengan program Pusat Internet 1Malaysia danmemberi kesedaran mengenai kepentingan bersukan serta mengalakkan peserta ke arah gaya hidup sihat dan mengeratkan silaturahim di antara komuniti setempat. Selain itu, program ini bertujuan untuk mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti berfaedah.

Selepas acara senamrobik diadakan pula cabutan bertuah. 10 cabutan bertuah dibuat En Saiful Bin Sabran (Operatian Management Pi1M). 10 pemenang yang bertuah ialah Puan Nurul Huda Bte Ismail, Cik Rabiah Bte Ahmad (PDK), Puan Norzana Bte Hj Ayer Sitam (pembantu pengurusan Murid), En Redzuan Bin Samiron, Pn Ramlah Bte Haji Attan (Guru Tabika), En Iskandar Sukarti (PDK), En Md. Shahrul Nawawi (PDK), En Sharul Haqimy Bin A.Bakar, Cik Zaleha Bte Mahmood dan En Sarudin A. Sukor (PDK).

Selepas itu, program diteruskan lagi dengan acara sukaneka bagi kanak-kanak. Antara acara yang diadakan ialah Susun Nombor 1 Hingga 10, Susun Huruf A Hingga J, Lari Dan Pecahkan Belon, Aiskrim Gergasi dan acara terakhir iaitu Isi Air Dalam Belon.

Selepas tamat acara untuk kanak-kanak, diadakan pula acara untuk para ibu bapa dan penjaga serta ahli jawatankuasa yang terlibat. Antara acara yang diadakan ialah Semakin Jauh Semakin Sayang yang dimenangi oleh kumpulan yang dianggotai oleh En Sarudin Bin Abd Shukor, En Wahid Bin Elias dan En Redzuan Bin Samiron. Selain itu turut diadakan acara Baling Buah Dadu yang dimenangi oleh kumpulan yang dianggotai oleh petugas PDK.

Pada jam 12.00 tengahari, acara telah tamat dan hadiah pertandingan disampaikan kepada semua pemenang. Melalui progam yang dianjurkan ini telah mendekatkan lagi hubungan antara pihak pengurusan PI1M dan komuniti setempat disamping dapat menjana idea bersama untuk meningkatkan lagi kualiti PI1M dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan lagi bagi merapatkan memupuk semangat kesukanan di dalam jiwa setiap peserta yang menyertainya.