Program Mini Karnival Muafakat Felda Palong Timur

04 December 2016 | Berita Terkini

5 NOVEMBER 2016: Program Mini Karnival Muafakat Felda Palong Timur yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bersama Majlis Belia Felda Zon Palong Timur telah diadakan pada 4 & 5 November 2016 di Dataran Putra Felda Palong Timur. Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Palong Timur 1, Pi1M Felda Palong Timur 3 dan Pi1M Kg Mensudut Lama telah bersama-sama memeriahkan lagi Mini Karnival Muafakat ini dengan mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang 2 hari karnival tersebut berlangsung.

Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk merasmikan Dataran Putra yang berada di dalam Gugusan Felda Palong Timur. Dataran Putra yang telah disediakan ini diharap dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada komuniti setempat untuk digunakan dengan sebaik-baiknya.  Majlis perasmian tersebut telah disempurnakan oleh En. Osman Bin Mohamad (Pengurus Felda Palong Timur 1 merangkap Pengerusi Kompleks Gugusan Felda Palong Timur). 

Seramai 50 orang telah menghadirkan diri ke booth Pusat Internet 1 Malaysia. Tujuan booth ini dibuka adalah untuk mempromosikan aktivit-aktiviti di Pi1M seperti Kelas, Program Bulanan Pi1M, program Klik Dengan Bijak (KDB) dan pelbagai lagi selain memberi pendedahan tentang kegunaan Pi1M yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di Pi1M untuk belajar dengan menggunakan komputer dan menggunakan kemudahan yang tersedia di Pi1M. Brosher KDB turut diedarkan kepada para pengunjung.

Antara aktiviti yang diadakan oleh pihak Pi1M ialah mencari ahli-ahli Pi1M yang yang belum mendaftar sebagai ahli dan mengadakan pertandingan meneka jumlah sagu di dalam bekas.

Dengan adanya booth ini telah dapat meningkatkan lagi fungsi dan peranan Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti Gugusan Felda Palong Timur dan juga Kampung Mensudut Lama, di mana Pi1M bukan sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi juga mengadakan pelbagai acara dan aktiviti yang berfaedah. Selain itu, program ini juga telah mengeratkan lagi hubungan di antara Pi1M dengan komuniti setempat.

Sebelum program berakhir, pihak Pi1M memberikan hadiah kepada pemenang tekaan sagu yang paling tepat. Tempat pertama dimenangi oleh Puan Norizah Bte Jamil dari Felda Palong Timur, tempat kedua dimenangi oleh Mohd Nazri bin Hussein dari JPJ Segamat, manakala tempat ketiga dimenangi oleh En Fitri Bin Ibrahim dari PDK Palong Timur.

Semoga dengan adanya aktiviti ini telah dapat memberi manfaat kepada seluruh komuniti dan menunjukkan bahawa Pi1M mempunyai pelbagai program yang dapat meningkatkan tahap kreativiti dan pengetahuan dalam dunia ICT disamping program ini juga telah dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pi1M dengan komuniti setempat.

Berikut merupakan gambar sekitar program ini berlangsung.