Ushawan Nurul Samila Binti Suyut

21 February 2016 | Kisah Kejayaan

Nama               :           Nurul Samila Binti Suyut

Umur                :           29 Tahun

 

          Pi1M Palong Timur 01, Batu Anam Segamat Johor. Nurul Samila Binti Suyut berusia 29 tahun dan taraf pendidikan beliau adalah di dalam bidang membaking iatu membuat kek, biskut dan roti tidak menghalang beliau untuk berjaya di dalam bidang pastri. Beliau merupakan seorang anak peneroka di Felda Palong Timur yang beralamat No. 135, Blok 5. Dan beliau sangat meminati bidang pembuatan roti dan kek.

 

          Pada permulaannya beliau hanya membuat secara suka-suka di rumah beliau dan hanya mengambil tempahan untuk jiran-jiran di kawakan beliau tinggal. Di atas minat beliau yang mendalam dalam pembuatan kek, biskut dan roti beliau berjaya menarik jiran-jiran beliau dengan cara persembahan dan rasa yang beliau persembahkan dalam apa yang beliau lakukan. Dengan itu beliau telah cuba untuk serius dalam bidang pembuatan kek, biskut dan roti. Dengan modal permulaan yang sedikit beliau hanya membeli barang-barang asas sahaja.

 

          Walaubagaimanapun selepas beberapa ketika kek, roti dan biskut beliau mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan memberangsangkan. Beliau telah menambah modal dan membuat secara berterusan di rumah beliau. Dalam pembuatan kek beliau telah berjaya membuat pelbagai jenis kek dan bentuk-bentuk yang berbeza. Dan pada masa tersebut untuk kawasan Felda Palong Timur masih tidak mempunyai kedai mahupun pengusha dalam pembuatan kek, biskut dan roti. Dari masa ke semasa beliau telah menerima tempahan hingga ke luar kawasan Palong Timur.

 

          Pada peringkat awal pembuatan kek, roti dan biskut beliau telah mengiklankan perniagaan beliau di kawasan palong timur. Dalam pada masa itu juga beliau cuba menambah ilmu dalam pembuatan kek, biskut dan roti menhadiri dan mengikuti kelas-kelas yang berbayar dan percuma yang dianjurkan di kawasan segamat seperti majlis belia daerah dan persatuan-persatuan. Dengan kemahiran yang telah beliau perolehi dalam pembuatan kek, roti dan biskut beliau telah berjaya menarik lebih ramai pelanggan dari kawasan sekeliling dan luar kawasan Palong Timur. Beliau juga telah cuba mempromosikan perniagaan kek, biskut dan roti beliau secara online. Antara kaedah yang beliau gunakan untuk mempromosikan perniagaan yang beliau jalankan adalah melalui laman soaial iatu Facebook yang bileh di lawati di link https://www.facebook.com/nurulsamilah.

 

          Setelah beberapa tahun beliau telah dikenali dibeberapa daerah Segamat dan Jempol kerana beliau berjaya membuat kek dengan berbagai corak dan bentuk. Selain itu untuk tahun 2014 beliau telah berjaya membuka kedai di kawasan Felda Palong Timur. Secara tidak langsng beliau juga telah berjaya meningkatkan jumlah pengeluaran dan keuntungan kerana beliau kini telah dikenali dengan wujudnya kedai beliau di gugusan Felda Palong Timur.

 

          Pada pandangan beliau Pusat Internet 1 Malaysia banyak membantu komuniti untuk meningkatkan taraf hidup dan banyak membantu untuk memperoleh ilmu berkaitan apa yang diperlukan kerana boleh mendapat capaian internet dan salah satunya untuk mempromosikan perniagaan beliau. Kemudahan Pusat Internet 1 Malaysia juga banyak membantu para pelajar dan komuniti untuk pencarian maklumat. Beliau juga berharap pihak Pusat Internet 1 Malaysia dapat memberikan perkhidmatan seumpamanya secara berterusan.

 

Pn. Nurul Samila Binti Md Suyut bersama keluarga

Pn. Nurul Samila Binti Md Suyut bersama keluarga

 

Keadaan kek yang berjaya dihasilkan dalam bentuk yang berbeza

Keadaan kek yang berjaya dihasilkan dalam bentuk yang berbeza

 

Kek-kek yang berjaya dihasilkan dalam bentuk yang berbeza

Kek-kek yang berjaya dihasilkan dalam bentuk yang berbeza

 

Antara cara pengiklanan yang dilakukan di media sosial

Antara cara pengiklanan yang dilakukan di media sosial