Kejayaan En. Azman Bin Hamli

20 July 2016 | Kisah Kejayaan

Nama               :           Azman Bin Hamli

Umur                :           45 Tahun

 

          PI1M Palong Timur 1, Batu Anam Segamat Johor. Azman Bin Hamli berusia 43 tahun dan belajar sehingga SPM tidak menghalang beliau untuk Berjaya di dalam bidang beliau. Beliau merupakan peniaga kedai runcit di Felda Palong Timur dan sangat meminati berniaga. Sebelum beliau berkecimpung di dalam bidang tersebut, beliau menimba ilmu dengan bekerja di Perbadanan Niaga Felda atau dikenali sebagai Dmart Felda Palong Timur selama lebih kurang 16 tahun.

         Pada awal penglibatan berniaga sendiri, beliau telah menyewa kedai dengan penduduk setempat. Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual kuih muih dan beraneka jenis kerepek untuk jualan perayaan. Dengan bermodalkan wang hasil berniaga kecil-kecilan dan pinjaman Tekun, beliau telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan membuka kedai runcit yang menjual barangan runcit. Hasilnya, modal sebanyak RM 20,000.00 berjaya dikumpulkan.

         Pada peringkat awal perniagaan beliau, beliau tidak kekok dalam menjalankan perniagaan, kerana sedikit sebanyak ilmu yang beliau timba selama ini telah menjadi garis panduan kepada beliau. Hasilnya, perniagaan beliau mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Adakalanya pendapatan beliau pernah mencecah RM 2,000.00 sehari, dan stok kedai mulai meningkat dengan anggaran RM 60,000.00.

          Walaubagaimanapun panas tidak sampai ke petang, pada 29hb Julai 2008 jam 2.00 pagi, musibah yang tidak diduga terjadi terhadap diri beliau. Permis perniagaan beliau telah hangus terbakar akibat daripada litar pintas dan memusnahkan sama sekali barangan di dalam kedai. Taksiran kerugian adalah sebanyak RM 120,000.00. ketika itu beliau sangat kecewa dan hampa, hampir-hampir beliau berputus asa. Tetapi semua itu beliau telan bulat-bulat apabila memikirkan keluarga beliau. Dengan berbekalkan semangat untuk bangkit semula dan semangat ahli keluarga beliau, beliau telah mendirikan khemah dikawasan berhampiran kawasan kebakaran dahulu dengan memohan kebenaran dari pihak Felda. Selama 4 bulan beliau berniaga didalam khemah, tetapi tidak mematahkan semangat beliau untuk terus berniaga dan Allah sentiasa mendengar doa hamba-hambanya dengan mengantikan tempat yang lebih baik apabila beliau mendapati, beliau Berjaya untuk mendapatkan kedai baharu setelah borang permohonan beliau untuk berniaga di dalam kedai yang dibangunkan oleh Felda mendapat kelulusan.

          Pada bulan Oktober 2008, bangunan telah siap dan beliau telah dapat berniaga semula dengan lebih baik lagi. Bangunan tersebut telah dinamakan diatas nama bapa mertua beliau kerana ingin membalas jasa baik keluarga dan bapa mertua beliau. Perkataan syukur sentiasa muncul dibibir beliau apabila menceritakan kisah beliau. Beliau juga sangat-sangat berterima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Felda, rakan-rakan dan ahli keluarga beliau kerana sentiasa membantu dan menyokong beliau ketika susah.

          Menjawab pertanyaan PI1M tentang pandangan beliau terhadap PI1M, beliau menjawab dengan ringkas tetapi padat, apabila menyatakan bahawa Pi1M sangat membantu masyarakat setempat bagi meningkatkan taraf hidup mereka dengan cara mengenalkan internet kepada mereka dengan cara yang betul. Beliau tertarik menggunakan perkhidmatan Pi1M kerana ia lebih mudah dan mesra. Ini kerana apabila beliau ingin membayar atau membuat pemindahan wang, beliau akan menggunakan system perbankkan dalam talian. Beliau berharap Pi1M dapat memonitor setiap perkembangan peserta-peserta mereka, kerana jika ada latihan untuk mereka, mereka ingin tahu mengenainya. Beliau berharap, pihak Pi1M dapat menambahkan lagi bilangan komputer dan meningkatkan lagi kelajuan internet sedia ada kerana ia sangat bermanfaat kepada penduduk setempat.

 

Pemilik perusahan runcit AZIMAT

Pemilik perusahan runcit AZIMAT

 

Perusahaan runcit oleh Azman

Perusahaan runcit oleh Azman

 

Antara stok barangan En Azman

Antara stok barangan En Azman