Kejayaan Mohd Izwan Bin Mohamed

19 May 2016 | Kisah Kejayaan

          PI1M Palong Timur 1, Batu Anam Segamat Johor. Mohd Izwan Bin. Mohamed berusia 28 tahun dan belajar sehingga SPM tidak menghalang beliau untuk berjaya di dalam bidang perniagaan. Beliau merupakan peniaga kedai perkakasan dan peralatan rumah (hardware) di Felda Palong Timur dan sangat berminat untuk berniaga. Sebelum berkecimpung di dalam bidang tersebut, beliau menimba ilmu dengan bapanya sendiri.

          Di awal penglibatan berniaga sendiri, beliau banyak meminta pendapat dan nasiht daripada bapa beliau. Pada awal perniagaan, beliau hanya menjual perkakasan yang biasa sahaja. Dengan minat yang mendalam, beliau telah mengembangkan lagi perniagaan beliau dengan menambahbaik kedai yang sedia ada dan menambah barangan dan peralatan yang sedia ada.

          Pada peringkat awal perniagaan beliau, ternyata beliau agak kekok kerana kebanyakkan pelanggan beliau adalah warga yang lebih tua kerana umur beliau ketika itu hanyalah 25 tahun, akan tetapi dengan minat yang mendalam beliau kini telah berjaya kerana sedikit sebanyak ilmu yang beliau timba selama ini telah menjadi garis panduan kepada beliau. Hasilnya, perniagaan beliau mendapat sambutan daripada penduduk setempat. Kini pendapatan beliau dikira amat memuaskan dan kini beliau dapat menggajikan pekerja warga tempatan.

         Pada awal tahun 2014 beliau telah menambahkan keluasan kedai/bangunan untuk menambah peralatan di dalam kedai beliau. Beliau juga sangat-sangat berterima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Pengurusan Felda, rakan-rakan dan ahli keluarga beliau kerana sentiasa membantu dan menyokong beliau ketika susah.

 

En. Mohd Izwan berada di kaunter perniagaan beliau

En. Mohd Izwan berada di kaunter perniagaan beliau

 

Bahagian hadapan kedai En. Mohd Izwan

Bahagian hadapan kedai En. Mohd Izwan

 

Bahagian tambahan kedai En. Mohd Izwan

Bahagian tambahan kedai En. Mohd Izwan