Mengenai PI1M

FELDA PALONG TIMUR 1

MAKLUMAT PI1M FELDA PALONG TIMUR 1

 

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) adalah satu inisiatif daripada SURUHANJAYA KOMUNIKASI  DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn. Bhd. Projek Ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan lagi jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia Felda Palong Timur 1 atau ringkasnya Pi1M Felda Palong Timur 1, pusat ini memulakan operasi pada 22 April 2010 dimana ia dilengkapi dengan 20 buah komputer berinternet serta menawarkan kemudahan mencetak, fotostat, scan, laminasi, upah menaip, wifi, salin/burn CD pada harga yang berpatutan.

 

Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyediakan kelas ICT percuma kepada semua ahli berdaftar di pusat ini. Selain itu, Pi1M Felda Palong Timur 1 juga mengadakan program untuk membantu para usahawan seperti program Khusus-khusus Keusahawanan dan tidak lupa juga kepada belia-belia dan kanak-kanak iatu program 1Citizen dan KDB iaitu Klik Dengan Bijak.

 

 

WAKTU OPERASI  

 

Hari     :  Setiap hari

Waktu :   9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat  :   1.00 petang hingga 2.00 petang 

Tutup  :    Cuti Umum

 

 

PERKHIDMATAN LAIN

1)     Printing;

2)     Photostat,

3)     Scanning;

4)     Laminating;

5)     Upah Menaip;

6)     Burn CD/DVD;

7)     Format Laptop;

8)     Kemudahan Wifi Secara Percuma

 

 

MAKLUMAT KOMUNITI FELDA PALONG TIMUR 1

 

Felda Palong Timur 01 merupakan sambungan terhadap projek Rancangan FELDA Gugusan Palong. Tidak seperti kebanyakan tanah rancangan FELDA Gugusan Palong yang lain, FELDA Palong Timur 01 terletak di dalam kawasan pentadbiran Felda Wilayah Segamat, negeri Johor. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat.

 

Bagi menampung pertambahan penduduk di Felda Palong Timur 01, sambungannya iaitu Felda Palong Timur 02 dan Felda Palong Timur 03 turut dibangunkan.

 

Kemudahan asas yang disediakan termasuklah sebuah Sekolah Menengah, 2 buah Sekolah Rendah (sekolah rendah kedua terletak dalam kawasan Palong Timur 03), sebuah sekolah agama, sebuah masjid, sebuah klinik desa, dan sebuah stesen minyak mini. Sebuah pondok polis turut didirikan tetapi ia terletak dalam kawasan Felda Palong Timur 03.


Felda Palong Timur 01 dihubungkan ke Gugusan Felda palong 04, 05 & 06 melalui jalan raya persekutuan dua lorong berturap. Ia juga dihubungkan ke pekan Batu Anam melalui jalan estet berturap sejauh 12 km.

 

 

MAKLUMAT PI1M & KOMUNITI FELDA PALONG TIMUR 1

 

Lokasi

Pusat Internet 1Malaysia

Bangunan JKKR,

Felda Palong Timur 1 

UST Area

Segamat

Daerah

Segamat

Negeri

Johor Darul Takzim

Populasi

Dianggarkan berjumlah 2500 orang penduduk

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Sawit), Perniagaan Runcit Dan makanan, perniagaan Kecil-kecilan,

Penternakan (Lembu & Kambing) 

Jumlah Keahlian

(setakat 02 Disember 2017)

1390 Orang

Lat/Long PI1M

Lat : N 02.70027 / Long : E 102.68473

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

22 April 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name : Mohd Syakiruddin Bin Omar

Email : syakir@celcom1cbc.com

No Telefon : 019-3023816

 

Penolong Pengurus

Nama : Nor Afidah Binti Ahmad @ Ahad

Email : norafidah@celcom1cbc.com

No Telefon : 011-32678303

Website

http://www.celcom1cbc.com/palong-timur-1

Kampung Tanpa Wayar

(1)      Zone 1 : SuperWifi @ Pi1M Palong Timur 1

(2)      Zone 2 : No C1/89 Rumah Pengurus Palong Timur 1, 

(3)       Zone 3 : Bangunan GPW, Palong Timur 1

(4)       Zone 4 : No. 95, Blok 4,  Palong Timur 1

(5)       Zone 5 : No. 83, Blok 5,  Palong Timur 1

(6)       Zone 6 : No. 202, Blok 9,  Palong Timur 2

(7)       Zone 7 : No. 169, Blok 7,  Palong Timur 2

(8)       Zone 8 : No. 42, Blok 2,  Palong Timur 2