Maklumat Tempatan

Maklumat Tempatan

Felda Palong Timur 01 telah di bangunkan dalam tahun 1985 dan telah ditanam dengan tanaman Kelapa Sawit.  Rancangan ini mempunyai bilangan peneroka seramai 330 orang. Keluasan keseluruhan kawasan tanaman Ladang Kelapa Sawit bagi Felda Palong Timur seluas 3277.56 hektar dibahagikan kepada tiga tanah rancangan iaitu kawasan penempatan Felda Palong Timur 1, Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat. Kemudahan Awam seperti Masjid, Tadika Felda Palong Timur 1 dan Sekolah Rendah adalah di bawah pengurusan Pejabat Felda Palong Timur 1.

 

Pelbagai pengalaman perit getir dilalui mereka ketika menjadi peneroka awal. Segala masalah dan kekurangan tidak menjadi halangan kepada mereka malah membakar semangat peneroka untuk terus berjuang dan berbakti pada tanah. Kini, Felda ini telah menyediakan pelbagai prasarana dan latihan kepada peneroka bagi memastikan generasi tersebut terus kekal di tanah rancangan. Kesepakatan dan kejayaan membuka kawasan penempatan seperti sekarang tidak hanya bergantung pada seorang sahaja tetapi kerjasama setiap peneroka menjadi kekuatan dalam memelihara dan membangunkan tanah rancangan Felda Palong Timur.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.