Pendidikan

SEKOLAH MENENGAH (L.K.T.P) PALONG TIMUR

Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur mula dibuka pada 1hb Ogos 1994 dengan tenaga pengajar seramai 18 orang dan 253 orang pelajar yang dipindahkan dari Sekolah Menengah Palong 4, Negeri Sembilan. Sebanyak 7 buah kelas telah dibuka untuk menampung 3 buah kelas tingkatan 2 dan 4 buah kelas tingkatan 1. Pengasas sekolah ini adalah Tn. Hj Ismail B. Werdani yang telah bertungkus-lumus bersama-sama kakitangan sekolah untuk membangunkan sekolah pada masa itu.

 

Nama Sekolah

Sekolah Menengah (L.K.T.P) Palong Timur

 

Nama Pengetua

En Muzaffar Syah 

No. Telefon

+606 466 8203

 

Fax

+606 466 7488

 

E-mail

mail@smkpalongtimur.edu.my

 

Laman web

 http://www.smkpalongtimur.edu.my 

 

 

 

SEKOLAH RENDAH (L.K.T.P) PALONG TIMUR 1

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 1 dibuka pada tahun 1989 di mana Pejabat Felda Palong Timur 1 telah dijadikan sebagai bilik darjah pada awalnya. Dengan tenaga pengajar seramai 16 orang, Guru Besar pertama, Haji Kassim Suang diberi amanah mendidik 268 anak murid. Apabila bangunan sekolah siap dibina pada tahun 1990, bilangan murid naik mendadak walaupun sekolah hanya dibekalkan dengan kemudahan asas generator Jabatan Kerja Raya (JKR). Pada tahun 1992, bangunan baru dibina yang dilengkapi dengan enam buah bilik darjah. Kemudahan elektrik mula dibekalkan pada tahun 1994. Pada tahun yang sama murid-murid Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 1 sesi pagi berkongsi bangunan dengan Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 sesi petang.


Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 1

Nama Pengetua

En Muhammad Ilham Ganes Bin Abdullah

No. Telefon

+ 606 466 8532

 

Fax

+ 606 466 8532

 

Laman web

 http://skpalongtimur.webs.com/

 

 

 

 

 

SEKOLAH RENDAH (L.K.T.P) PALONG TIMUR 2

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 terletak di kawasan Felda Palong Timur 3. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2 kerana ia merupakan sekolah rendah yang ke 2 didirikan di kawasan Felda Palong Timur.

Nama Sekolah

Sekolah Kebangsaan (L.K.T.P) Palong Timur 2

Nama Pengetua

Hjh Norhaizan Binti Mahussin

No. Telefon

+ 6064668135

 

Fax

+ 6064668135

 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.