Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain
Selamat datang dan terima kasih kerana mengunjungi portal rasmi Pi1M Felda Palong Timur 1. Melalui laman ini anda boleh mendapatkan maklumat mengenai Felda Palong Timur 1 dan mengetahui info terkini mengenai operasi dan aktiviti Pi1M Felda Palong Timur 1.

Dikenali sebagai Pusat Internet 1 Malaysia Felda Palong Timur 1 atau ringkasnya Pi1M Felda Palong Timur 1, pusat ini memulakan operasi pada Mei 2010 yang lalu dimana ia dilengkapi dengan 20 buah komputer berinternet serta menawarkan kemudahan mencetak, fotostat, scan, laminasi, upah menaip, wifi, salin/burn CD pada harga yang berpatutan.

 
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menyediakan kelas ICT percuma kepada semua ahli berdaftar di pusat ini. Selain itu Pi1M Felda Palong Timur 1 juga mengadakan program untuk membantu para usaawan seperti program GMBO iaitu Get Malaysian Business Online dan tidak lupa juga kepada belia-belia dan kanak-kanak iatu program 1Citizen dan KDB iaitu Klik Dengan Bijak.

Projek Pusat Jalur Lebar Komuniti ini adalah inisiatif  daripada Suruhanjaya Komuniti dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad bersama Nusuara Technologies bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai ICT kepada komuniti setempat. Di samping itu, tahap pengetahuan terutama dalam bidang ICT dapat ditingkatkan bagi membolehkan masyarakat supaya dapat bersaing di era globalisasi  dan seterusnya dapat membantu dalam meningkatkan tahap sosio-ekonomi di masa hadapan.
Hadapi Masalah? Rujuk Panduan