Berita Terkini

Program Hari Raya Adilfitri Di Pi1M

18 July 2017 | Berita Terkini

Sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Palong Timur 3 telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Pi1M iaitu pada hari Selasa 18 Julai 2017. Program ini telah berlangsung dengan meriahnya bermula pada pukul 10.00 pagi sehinggalah 5.00 petang. Seramai lebih 100 orang telah hadir bagi memeriahkan Program Sambutan Hari Raya Aidilfitri.   Pada sebelah pagi pihak Pi1M telah menjemput pelajar Tabika Kemas Felda Palong Timur 3 serta ibu bapa untuk menyerikan lagi program ini dengan bacaan marhaban dari 2 kelas Tabika Kemas Felda Palong Timur... read more

Program Semarak Mesra dan Advokasi Keselamatan Diri

26 July 2017 | Berita Terkini

Pada 26 Julai yang lalu, PI1M Felda Palong Timur 03 besama-sama  mengadakan Program Semarak Mesra dan Advokasi Keselamatan Diri. Program ini diadakan di Balai Raya Felda Palong Timur . Tujuan program ini diadakan adalah bagi mengeratkan  hubungan silatrahim antara penduduk setempat di Palong Timur dengan Staf PI1M dan juga kami mengadakan Program Adokasi Keselamatan Diri bagi menyampaikan maklumat-maklumat penting mengenai keselamatan terhadap diri dan keluarga masing-masing. Program ini berlangsung pada jam 3.00 petang yang dimulai dengan aktiviti sukaneka dikalangan surirumah, belia serta guru-guru KEMAS. Antara aktiviti sukan yang diadakan ialah rebut... read more

Program Membuat Bubur Lambuk dan Taklimat Advokasi

16 June 2017 | Berita Terkini

Bersempena dengan sambutan bulan Ramadhan tahun 1438 Hijrah, Persatuan Belia Felda Palong Timur 03 dengan kerjasama JKKR, Pejabat Felda dan Teknoplant, Pemuda dan Puteri UMNO, GPW, Koperasi, RELA, Surau Al-Falah dan PI1M Felda Palong Timur 03 telah mengadakan Program Bubur Lambuk dan Taklimat Advokasi pada  16 Jun 2017. Program ini diadakan bagi menggalakkan belia-belia di sini  menghayati bulan Ramadhan sebagai bulan ibadat dan juga bulan kebajikan disamping mengeratkn hubungan silaturahim antara golongan belia dan staf PI1M Palong Timur 03. Gotong-royong memasak bubur lambuk ini diadakan di perkarangan Wisma Komuniti Felda Palong... read more

Program Membuat Biskut Raya & Taklimat Advokasi

19 June 2017 | Berita Terkini

Pada 19hb Jun 2017 yang lalu, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Palong Timur 3 telah mengadakan Program Membuat Biskut Raya & Taklimat Advokasi sempena menyambut bulan Syawal yang akan datang tidak lama lagi. Program ini telah dijalankan sepenuhnya di Pi1M Felda Palong Timur 3 bersama-sama dengan ahli Pi1M seramai 21 orang.     Sebelum program diteruskan taklimat advokasi iaitu Check Your Label (CYL) telah disampaikan secara terperinci mengenai kesedaran kepada orang ramai agar memastikan peralatan komunikasi mempunyai label MCMC yang sahih sebelum membelinya. Orang ramai juga diberi pendedahan tentang kaedah pemeriksaan... read more

Program Pembersihan Kubur & Taklimat Advokasi

19 May 2017 | Berita Terkini

         Pada 19 Mei (Jumaat) yang lalu, PI1M Felda Palong Timur 3 bersama PI1M Felda Palong Timur 1 telah bergabung mengadakan Program Pembersihan Kubur & Taklimat Advokasi yang dianjurkan oleh Masjid Al-Hidayah Felda Palong Timur. Aktiviti ni kebiasaannya diadakan setiap tahun sebelum bulan Ramadhan tiba. Tujuan aktiviti ini diadakan ialah memupuk semangat bekerjasama dalam menjalankan sebarang aktiviti disamping mengeratkan lagi silaturrahim antara PI1M dengan masyarakat setempat. Selain itu, aktiviti ini juga merupakan pendedahan awal kepada pelajar sekolah berkenaan khidmat masyarakat yang perlu dilakukan oleh mereka.      ... read more

Program Pendaftaran Online Pelajar 2018 & KDB

25 April 2017 | Berita Terkini

Pendaftaran Online Pelajar 2018 bagi Tahun Satu dan juga Prasekolah telah dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) hasil kerjasama bersama Guru Sekolah Rendah Felda Palong Timur. Program ini telah dijalankan pada bulan April dimana tarikh akhir untuk proses pendaftaran online ini perlu dilakukan sebelum 30 April 2017. Program pendaftaran secara online ini dapat memudahkan para ibu bapa dan juga guru kerana tidak perlu lagi mengisi borang kemasukan pelajar secara manual. Sistem pendaftaran online ini diwujudkan khusus oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Permohonan Tahun Satu bagi ambilan 2018 dan 2019 dibuka pada... read more

Program Advokasi & Pertandingan Menaip Terpantas Jawi

15 April 2017 | Berita Terkini

Pada 15 April 2017 yang lalu, PI1M Felda Palong Timur 3 telah mengadakan Pertandingan Menaip Terpantas Jawi & Program Advokasi. Program ini bermula pada jam 9 pagi yang disertai seramai 18 orang pelajar. Sebelum memulakan pertandingan menip jawi, para peserta diberi sedikit taklimat mengenai Klik Dengan Bijak. Setelah itu, peserta diberi penerangan mengenai cara-cara untuk menaip tulisan jawi di Microsoft Office Word. Program ini merupakan satu pendekatan dari pihak PI1M Felda Palong Timur 3 untuk memperkayakan lagi kemahiran mengeja dan menulis jawi di kalangan pelajar. Melalui teknologi komputer masa kini, tulisan... read more

Program Membuat Kad Sempena Hari Guru

05 May 2017 | Berita Terkini

Sempena hari guru pada bulan Mei ini, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Palong Timur 3 telah mengadakan satu aktiviti iaitu Program Membuat Kad Ucapan Sempena Hari Guru bersama pelajar sekolah rendah dan juga pelajar sekolah menengah. Seramai 21 orang pelajar telah menghadirkan diri seawal jam 2.00 petang lagi bagi mengikuti program ini.   Sebelum program ini dijalankan, seperti biasa taklimat advokasi iaitu Mobile E-Waste telah disampaikan kepada semua pelajar mengenai kesedaran pembuangan sisa elektronik dengan cara yang betul dan bijak. E-sisa atau Sisa Perkakas Elektrik & Elektronik (WEEE) merangkumi semua jenis... read more

Program Advokasi Sempena Bacaan Yassin Di PI1M

27 March 2017 | Berita Terkini

Pada 27 Mac yang lalu, PI1M Felda Palong Timur 3 telah menjalankan usaha sama dengan GPW Felda Palong Timur 3 dalam menganjurkan Program Advokasi Sempena Bacaan Yassin. Program ini telah dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Palong Timur 3. Alhamdulillah segala perancangan yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kehadiran ahli-ahli GPW dan ketua2 blok perempuan amat menggalakkan iaitu seramai 25 orang. Program ini bermula pada jam 3.00 Petang dengan kehadiran para jemputan serta pendaftaran. Majlis ini diketuai oleh Puan Salmah Binti Simin iaitu Imam blok perempuan. Selesai saja bacaan... read more

Program Mewarna Online 2017

21 February 2017 | Berita Terkini

Pada 21 Februari 2017 yang lalu, Pusat Internet Felda Palong Timur 3 telah mengadakan Program Mewarna Online bersama kanak-kanak Tabika KEMAS Felda Palong Timur 3. Tujuan Program ini diadakan adalah mengenal pasti serta mencungkil bakat mewarna dan kreativiti kanak-kanak. Selain itu juga, dengan adanya program ini ia dapat meningkatkan lagi pengetahuan ICT kepada kanak-kanak dan mengeratkan hubungan dengan komuniti setempat.   Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Seramai 45 orang kanak-kanak telah menyertai program ini. Kelas ini dimulakan dengan pengenalan asas mengenai komputer seperti papan kekinci, tertikus,... read more