Usahawan 9 - Pn Khalijah bte Khatib (Pengusaha Jahitan dan Sulaman)

30 September 2016 | Kisah Kejayaan

Khalijah Binti Khatib merupakan seorang Penerokawati yang berumur 56 tahun yang telah lama melibatkan diri didalam dunia perniagaan sejak bertahun-tahun lamanya. Jenis perniagaan yang beliau usahakan adalah pengusaha jahitan dan sulaman yang dijalankan dirumah beliau sendiri yang terletak di Felda Palong Timur 3. Beliau merupakan seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai 3 orang anak lelaki dan juga seorang anak perempuan.

Jika dahulu beliau hanya mempromosikan produk beliau di kawasan berhampiran melalui kenalan tetapi setelah mempelajari asas komputer di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Palong Timur 3 sejak tahun  2013 lagi lebih banyak membantu beliau dalam mempromosikan produk beliau terutamanya di laman sosial Facebook. Kali pertama beliau menjejakkan kaki beliau di Pi1M ini adalah semasa dijemput untuk mengikuti kelas keusahawanan yang kebetulan pada waktu itu beliau bersama rakan-rakan yang lain sedang melakukan program Seribu Langkah yang dijalankan berhadapan Pi1M.

 

Mengikuti Kelas Keusahawan yang dianjurkan oleh pihak Pi1M.

 

Sering mengikuti program bersama pihak Pi1M.

 

Selepas beliau semakin mahir menggunakan internet dan mempunyai laman sosial Facebok beliau tersendiri beliau mula mempromosikannya dengan memasukkan gambar produk beliau sedikit demi sedikit di dalam facebook. Hasil perkongsian gambar tersebut telah mendapat sambutan yang mengalakkan apabila semakin ramai pelangan yang berminat untuk membuat tempahan jahitan dan sulaman beliau. Antara kelas ICT yang telah beliau hadiri adalah seperti kelas pengenalan asas komputer, kelas Microsoft Office, belajar membuka akaun di Facebook, belajar menggunakan aplikasi smartphone, dan menghadiri kelas usahawan secara berperingkat.

 

Dengan mencari maklumat di internet seperti di www.google.com dan juga www.youtube.com pelbagai hasil jahitan dan sulaman dapat beliau pelajari dan dikongsi bersama rakan-rakan beliau yang lain dengan menggunakan Wifi Komuniti yang telah disediakan oleh pihak Pi1M secara percuma.

 

 

Laman sosial Facebook yang beliau gunakan untuk promosi produk beliau. 

 

 

Antara produk yang beliau usahakan.

 

Pandangan pertama beliau terhadap Pi1M adalah tempat untuk melayari internet dan lebih diutamakan kepada para pelajar sahaja. Ini adalah kerana beliau berpendapat bahawa umur seperti beliau tidak layak lagi untuk mempelajari komputer sehinggalah beliau mengetahui terdapat kelas pembelajaran komputer yang diadakan secara percuma di Pi1M untuk golongan dewasa untuk suri rumah seperti beliau sendiri. Apabila beliau tidak memahami sesuatu perkara yang melibatkan komputer dan juga telefon, beliau akan segera datang ke Pi1M untuk meminta bantuan dari kakitangan Pi1M dan sekaligus dapat mempelajari ilmu yang baru.

 

Sejak beliau menggunakan perkhidmatan di PI1M Felda Palong Timur 3, banyak yang beliau pelajari terutamanya mengenai cara mengiklankan produk beliau di media sosial, cara menggunakan komputer dan sebagainya sekaligus dapat meningkatkan pendapatan beliau. Beliau mencadangakan agar semakin banyak kelas ICT dapat dijalankan untuk golongan seperti beliau dan Pi1M ini terus dikekalkan untuk memberi kemudahan ICT kepada penduduk luar Bandar seperti sekarang ini.

Ahli keluarga yang banyak memberi dorongan kepada beliau.