Program Mini Karnival Muafakat 2016

05 November 2016 | Berita Terkini

PROGRAM MINI KARNIVAL MUAFAKAT FELDA PALONG TIMUR

 

 

5 NOVEMBER 2016: Pada 4 & 5 November 2016 telah berlangsungnya Program Mini Karnival Muafakat Felda Palong Timur yang telah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO bersama Majlis Belia Felda Zon Palong Timur. Pusat Internet 1 Malaysia Felda Palong Timur 3 telah berkerjasama dengan Pi1m Felda Palong timur 1,dan juga Pi1m Kg Mensudut Lama memeriahkan lagi mini karnival muafakat ini dengan mengadakan aktivit-aktiviti yang telah dirancang. Program yang dijalankan di Dataran Putra Felda Palong Timur ini bertujuan untuk merasmikan Dataran Putra yang berada di Gugusan Felda Palong Timur yang telah dirasmikan oleh Pengurus Felda Palong Timur 1 iaitu En. Osman Bin Mohamad ini dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat untuk menggunakan kemudahan yang disediakan sebaik-baiknya.  

 

Seramai 50 orang yang menghadirkan diri ke booth Pusat Internet 1 Malaysia. Dengan adanya program ini ia juga dapat meningkatkan lagi fungsi Pusat Internet 1 Malaysia kepada komuniti Gugusan Felda Palong Timur dan juga kampung Mensudut Lama yang bukan hanya sekadar berkenaan dengan pengetahuan ICT tetapi ia juga boleh di kembangkan dengan acara-acara yang berfaedah untuk meningkatkan taraf pendidikan di luar bandar yang berkaitan dengan internet.

 

Komuniti yang hadir ke mini karnival muafakat ini memberikan sepenuh komitmen dalam setiap aktiviti yang diadakan untuk mereka. Antara aktiviti di dalam program ini ialah yang dimana aktiviti membuat tekaan untuk sagu yang berada didalam bekas. Manakala aktiviti yang utama pula ialah mencari ahli-ahli Pi1M yang baru yang belum mendaftar dan mendaftar sebagai ahli baru. Selain itu juga, sesi mempromosikan aktivit-aktiviti di Pi1M seperti Kelas, Klik Dengan Bijak dan sebagainya.

Selain dari mengeratkan hubungan diantara Pi1M dengan komuniti, program ini juga dapat memberi pendedahan tentang kegunaan Pi1M yang membolehkan para ahli menggunakan kemudahan di Pi1M untuk belajar dengan menggunakan komputer dan kemudahan yang tersedia di Pi1M.  

 

Setelah selesai program, pihak Pi1M memberikan hadiah kepada pemenang tekaan sagu yang paling tepat atau paling hampir dengan jumlah yang sebenar. Bagi para peserta yang mengikuti program ini, pihak Pi1M berharap agar program seperti ini akan dijalankan lagi untuk masa akan datang bagi meningkatkan pengetahuan dan mengetahui fungsi Pi1M bukan sahaja dikalangan komuniti setempat malah luar dari kawasan ini serta dapat menimba ilmu yang lebih berguna.

 

Semoga dengan adanya aktiviti ini dapat memberi manfaat kepada komuniti tidak kira di gugusan felda atau Kampung Mensudut Lama dan juga kepada seluruh komuniti dan ini juga menunjukkan bahawa Pi1M mempunyai pelbagai program bagi meningkatkan tahap kreativiti komuniti tentang kepelbagaian pengetahuan dalam dunia ICT pada masa kini dan akan datang. 

 

Berikut merupakan gambar sekitar program ini berlangsung.