Hari Terbuka Pi1M Felda Palong Timur 3

02 November 2016 | Berita Terkini

Hari Terbuka Pi1M Felda Palong Timur 3.

 

 

Pada 02 November 2016 yang lalu, Pi1M Felda Palong Timur 3 telah mengadakan Hari Terbuka yang telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Pn Hjh Norshida Binti Hj Ibrahim Ahli Dewan Undangan Negeri Johor Kawasan Buloh Kasap. Program “CBC Open Day” dengan bertemakan “HARI TERBUKA PI1M FELDA PALONG TIMUR 3” ini merupakan sebuah program yang dijalankan oleh Pusat Internet 1 Malaysia dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebagai pengenalan kepada masyarakat setempat khususnya di sekitar Kawasan Felda Palong Timur 3 tentang penubuhan PI1M serta tujuan dan fungsinya.

 

Dalam program ini juga akan diselitkan dengan program “Klik Dengan Bijak”. Ianya merupakan salah satu inisiatif Kerajaan dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam usaha untuk mendidik masyarakat untuk menggunakan rangkaian internet dengan lebih berhemah dan bijak. Pada zaman serba moden kini internet telah menjadi medium utama kepada masyarakat untuk mencari maklumat, membantu meningkatkan taraf sosioekonomi dan berkomunikasi. Selain itu, program seperti ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara Felda Palong Timur 3 dengan masyarakat setempat dan sekitar di samping mempromosikan kemudahan PI1M kepada umum tidak kira peringkat umur dan latar belakang seperti penggunaan komputer, kelas ICT  & kelas komputer secara percuma, serta kemudahan dan servis lain yang disediakan di dalam PI1M Felda Palong Timur 3.

 

Antara objektif program ini adalah untuk mempromosikan PI1M Felda Palong Timur 3 kepada penduduk setempat dan sekitar Pi1M melalui pelaksanaan program dan juga kelas-kelas yang telah dan bakal dianjurkan pada masa kini dan akan datang. Selain itu juga ia dapat memberi pendidikan terhadap penggunaan internet dan keselamatan di internet melalui segmen “Klik Dengan Bijak” serta dapat mengeratkan silaturahim antara masyarakat setempat dengan PI1M. Sebelum program ini dijalankan pihak Pi1M telah menerima pelbagai sumbangan dari YB Pn Hjh Norshida dan juga daripada komuniti setempat seperti Pejabat Felda, JKKR, GPW, Persatuan Belia Batu Anam serta badan perseorangan termasuklah En Abdul Rahman Bin Mesir (EK Johor), En Fuad Bin Daros, Warung Mat Kelantan, En Ahmad Sibi, Aenn Ramly Bakeri, En Hamzah Bin Maarof, Persatuan Belia Batu Anam, Pn Amira Binti Daros dan juga Pn Shariza Binti Selamat.

 

 

Program ini berlangsung bermula pada pukul 9.00 pagi sehinggalah pada pukul 6.00 petang. Pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan yang melibatkan semua golongan yang dihadiri lebih daripada 200 orang yang merangkumi masyarakat sekeliling Pi1M yang selama ini memberi sokongan terhadap penubuhan Pi1M. Antara salah satu faedah didalam program ini adalah masyarakat sekeliling boleh mendaftar sebagai Ahli Pi1M secara percuma sekaligus dapat menikmati pelbagai faedah apabila menjadi ahli Pi1M. Pada sebelah petang pula acara diteruskan lagi bagi golongan pelajar sekolah menengah dan juga pelajar sekolah rendah. Acara berakhir dengan penyampaian hadiah dan sijil serta jamuan ringan yang telah disediakan oleh pihak Pi1M.

 

Diharapkan agar program ini dapat mengeratkan silaturahim antara PI1M dengan penduduk setempat di samping memberi pendidikan dan kesedaran terhadap penggunaan rangkaian internet. Program seperti ini juga dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk setempat. Selitan Klik Dengan Bijak dalam Hari Terbuka PI1M ini juga dapat memberi kesedaran kepada mereka untuk menggunakan internet dengan bijak.

 

 

Berikut merupakan gambar sekitar program Hari Terbuka Pi1M Felda Palong Timur 3 ini berlangsung.