Program Sukan Negara 2016

10 October 2016 | Berita Terkini

             Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa pada setiap tahun minggu kedua di bulan Oktober akan di adakan Hari Sukan Negara. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia dan juga jabatan-jabatan kerajaan wajib menjayakan program tersebut. Tujuan diadakan program seperti ini adalah untuk menjadikan rakyat Malaysia kekal cergas dan sihat dengan mengamalkan senaman sebagai rutin harian.

              Pada 10 Oktober 2016 yang lalu, PI1M Felda Palong Timur 3 dan  PI1M Felda Palong Timur 1 telah berkolaborasi bersama TABIKA KEMAS Felda Palong Timur untuk mengadakan larian hari sukan negara, senamrobik dan sukaneka di Dataran Tabika Kemas Felda Palong Timur. Program ini berlangsung pada jam 8.00 pagi dan turut dihadiri oleh En Saiful Bin Sabran . Antara acara sukaneka yang diadakan adalah semakin jauh semakin sayang, susun huruf, pecahkan belon dan pelbagai lagi acara lain.

              Seramai 100 orang peserta termasuk kanak-kanak Tabika dan Ibubapa telah menyertai program tersebut. Alhamdulillah program ini dapat sambutan yang menggalakkan daripada kanak-kanak dan Ibubapa. Mereka amat gembira dan seronok dapat menjayakan programi ini. Semoga program ini akan mendapat manfaat untuk semua peserta yang telah menyertainya termasuk kami sendiri, betapa pentingnya senaman di dalam kehidupan seharian kita.