Program Membuat Cheese Tart

27 September 2016 | Berita Terkini

Program Membuat Cheese Tart

27 September 2016, Pada hari Selasa yang lalu, Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 3 telah bekerjasama dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 1 telah mengadakan Program Membuat Cheese Tart yang telah diadakan di Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 3. Seramai 30 orang peserta telah menyertai program ini. 25 orang peserta merupakan peserta lelaki dan 5 orang peserta merupakan peserta perempuan.

 

 

Program bermula pada jam 2.00 petang dan berakhir jam 6.00 petang. Sebelum program dimulakan, para peserta diberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak (KDB). KDB bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan kandungan media baru (media internet), mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain, memberi pendidikan kepada pengguna Internet tentang kepentingan kawal selia kendiri, serta mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet dan memberikan kesedaran dan pengetahuan asas mengenai keselamatan dunia digital. Tayangan video selama hampir 1 jam turut ditayangkan untuk memberi kefahaman yang jelas kepada peserta mengenai KDB. Para peserta sangat berminat dengan video yang ditunjukkan dan terdapat juga peserta yang bertanya soalan mengenai KDB.

 

 

Pada jam 4.00 petang, program membuat cheese tart telah dimulakan. Para peserta sangat teruja untuk mempelajarinya. Peserta diajar melalui video youtube dan secara praktikal yang diajar boleh kakitangan Pusat Internet Felda Palong Timur 1 dan 3. Pembelajaran melalui youtube diuruskan oleh En Syakiruddin Bin Omar  manakala pembelajaran melalui praktikal diajar oleh Cik Norhayati Binti Ahmad, Pn Nor Afidah Binti Ahmad dan Cik Nor Atika Binti Md Jani.

 

 

Segala bahan-bahan untuk membuat cheese tart disediakan oleh pihak penganjur. Sebelum membuat cheese tart, shell atau crust perlu disediakan terlebih dahulu. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat 160 biji cheese tart ialah 680 gm marjerin, 200 gm gula aising, empat biji telur gred C, 1150gm tepung gandum, 4 sudu kecil esen vanilla dan acuan tart. Apabila crust atau sheel telah siap, crust atau shell perlu disejukkan terlebih dahulu sebelum meletakkan filling dan cheese. Biasanya terdapat pelbagai jenis filling seperti blueberry, strawberry, coklat, kiwi, oren atau jam nenas.  Filling dimasukkan di dalam piping bag untuk memudahkan proses meletakkannya ke dalam shell. Apabila telah siap, sediakan pula bahan-bahan untuk membuat chees. Bahan-bahan untuk membuat cheese ialah 500 gram cream cheese, 100 gram gula kastor, dua biji telur saiz B dan dua sudu teh esen vanilla. Selepas cheese siap, masukkan cheese ke dalam piping bag dan picitkan di atas filling dalam shell tadi. Kemudian, peserta akan melorek cheese tart tadi mengikut kreativiti para peserta menggunakan pengcungkil gigi. Selepas itu, cheese tart akan dibakar selama 5 minit pada suhu 170C.

 

 

Pelbagai gelagat para peserta dapat dilihat ketika membuat cheese tart. Kebanyakkan peserta sangat teruja kerana merupakan pengalaman pertama bagi kebanyakkan mereka. Program berakhir pada jam 6.00 petang. Sebelum bersurai peserta dijamu dengan jamuan ringan.

 

Melalui progam yang dianjurkan ini telah mendekatkan lagi hubungan antara pihak pengurusan PI1M dan juga ahli-ahli Pi1M disamping memberi pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berguna kepada para peserta disamping sekaligus dapat menanam minat para peserta untuk berniaga secara kecil-kecilan.

 

Berikut merupakan gambar sekitar program berlangsung.