Mengenai PI1M



Maklumat PI1M Felda Palong Timur 3

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Palong Timur 3 mula ditubuhkan pada 05 Mei 2010. 

Dahulu Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) namun ditukar pada tahun 2013 dimana 1 Malaysia adalah satu gagasan peribadi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaian etnik, sub-etnik dan kebudayaan.

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan projek kerajaan dan insiatif Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) yang dilaksanakan oleh Celcom. Tujuan utama wujudnya PI1M ini adalah untuk memberi kemudahan internet kepada komuniti tempatan di dalam Felda Palong Timur 3, dengan harapan agar PI1M dapat menyumbang kearah mencapai kejayaan dalam insiatif kebangsaan untuk merapatkan jurang digital di antara masyarakat Bandar dan luar Bandar seterusnya memberi pendedahan tentang ICT kepada semua komuniti di Felda Palong Timur 3 ini selaras dengan matlamat yang digariskan oleh kerajaan.




Pendaftaran dan Keahlian:

·       -  Keahlian terbuka pada semua penduduk setempat

·       -  Untuk menjadi ahli hendaklah membayar RM5.00 seumur hidup sekaligus akan memperolehi penggunaan Kampung Tanpa Wayar (KTW) di rumah

·        - Ahli mendapat keistimewaan dari segi latihan, bayaran, modul dan lain-lain

·         -Setiap ahli layak mengikuti krusus, latihan mahupun aktiviti yang dijalankan di PI1M




Kadar Bayaran:

1.     Penggunaan Internet (Ahli)

·         Dewasa RM1.00 sejam

·         Pelajar Sekolah (Percuma)

 

2.     Penggunaan Internet (Bukan Ahli)

·         Dewasa RM2.00 sejam

·         Pelajar Sekolah RM2.00 sejam




Perkhidamatan Yang Disediakan:

-       Kelas Latihan Komputer (ICT) kepada semua golongan secara percuma

-       Printing Hitam/ Berwarna, Photostat, Scan, Laminasi

-       Upah menaip

-       Copy/ Burn CD

-       Penjualan barangan komputer

 

Waktu Operasi :

Hari     :  Setiap hari kecuali Cuti Umum

Waktu :  9.00 pagi hingga 6.00 petang

Rehat  : 1.00 petang hingga 2.00 petang 







Maklumat Komuniti Felda Palong Timur 3

Felda Palong Timur 3 telah di bangunkan dalam tahun 1985/1986 dan telah ditanam dengan tanaman Kelapa Sawit.  Rancangan ini mempunyai 1 peringkat dengan bilangan peneroka seramai 202 orang keluarga. Keluasan kawasan tanaman ialah 851.36 hektar. Ia dinamakan sebagai "Palong Timur" kerana lokasinya di sebelah timur serta termasuk di dalam daerah Segamat.

Kemudahan asas yang disediakan termasuklah sebuah Sekolah Menengah, 2 buah Sekolah Rendah (sekolah rendah kedua terletak dalam kawasan Palong Timur 3), sebuah Masjid dan sebuah stesen minyak mini. Sebuah pondok polis turut didirikan dan terletak dalam kawasan Felda Palong Timur 3.

Tarikh kemasukkan Sistem Blok bagi peringkat 01 ialah pada bulan Oktober, 1989, manakala peringkat 02 pula pada bulan Jun, 1994.  Tarikh mula dilaksanakan Bayaran Kembali pada Januari, 1991 dan dijangka tamat pada Disember, 2004.  Bagi peringkat 02 pula tarikh mula dilaksanakan Bayaran Kembali pada Julai, 1995 dan dijangka tamat bayaran kembali pada Jun, 2009.

Pada bulan Jun, 2004 rancangan telah mula memperkenalkan sistem bayaran harian di pejabat untuk menggalakan peneroka menghantar hasil di kilang Sawit Felda, supaya hasil rancangan tidak di selewangkan ke luar rancangan.

Pelbagai pengalaman perit getir dilalui mereka ketika menjadi peneroka awal. Segala masalah dan kekurangan tidak menjadi halangan kepada mereka malah membakar semangat peneroka untuk terus berjuang dan berbakti pada tanah. Kini, Felda ini telah menyediakan pelbagai prasarana dan latihan kepada peneroka bagi memastikan generasi tersebut terus kekal di tanah rancangan. Kesepakatan dan kejayaan membuka kawasan penempatan seperti sekarang tidak hanya bergantung pada seorang sahaja tetapi kerjasama setiap peneroka menjadi kekuatan dalam memelihara dan membangunkan tanah rancangan Felda Palong Timur.

Felda Palong Timur  bersempadan dengan Kampung Pudu, Kampung Lubok Lanjut, Kampung Puting dan Kampung Mensudut. Manakala Pekan Batu Anam pula merupakan pekan yang paling hampir dengan Felda Palong Timur. Selain itu, kawasan Felda Palong Timur juga dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Felda Palong Timur 1, Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3.

Kebanyakan penduduk di Felda Palong Timur 3 mengutamakan aspek kejiranan dalam kehidupan seharian. Ini kerana semangat kejiranan adalah asas yang paling penting dalam membentuk masyarakat yang bersatu padu, maju dan harmoni.

 

 

Maklumat PI1M & Komuniti Felda Palong Timur 3

 

Lokasi

Felda Palong Timur 3

UST Area

 

Daerah

Segamat

Negeri

Johor Darul Tak’zim

Populasi

1,226 Orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Kelapa Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan, Perniagaan runcit dan makanan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Jumlah Keahlian

(setakat 31 Ogos 2016)

1,304 Orang

Lat/Long PI1M

N2.7082, E102.6837

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

05 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Norhayati Binti Ahmad

Email: norhayati@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-2943422

 

Penolong Pengurus

Nama: Nor Atika Binti Mohd Jani

Email: noratika@celcom1cbc.com

No Telefon: 017-6323623

Website

http://www.celcom1cbc.com/palong-timur-3

Wifi Komuniti

1.     Zone 1: No L1-1 (Pole 12 Meter) – Rumah Kakitangan En. Suhaimai Bin Abd Jalil

2.   Zone 2: No. 100 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Ab. Rahim Bin Selamat

3.     Zone 3: No. 80 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Isa Bin Mohamed Don

4.     Zone 4: No. 167 (Pole 12 Meter) – Rumah Pn. Norlela Binti Muzir

5.     Zone 5: No. 216 (Pole 12 Meter) -  Rumah En. Md Affandi Bin Misni

6.     Zone 5: No 334 ( Pole 12 Meter) – Rumah En. Abd Azis Bin Hj Yusoff

7.      Zone 6 : No 72 Blok 3 (Pole 12 Meter) - Rumah Pn. Selamah Binti Kassim