Ekonomi dan Keusahawanan

PERTANIAN DAN PERLADANGAN

Sektor pertanian memerlukan transformasi untuk menjadi sektor yang moden, komersial dan berdaya saing. Kegiatan tanaman kelapa sawit di Felda Palong Timur merupakan sektor penjana utama ekonomi penduduk di sini. Ladang kelapa sawit seluas 3277.56 hektar dibahagikan kepada tiga tanah rancangan iaitu kawasan penempatan Felda Palong Timur 1, Felda Palong Timur 2 dan Felda Palong Timur 3. Sektor perladangan ini masih menjadi penyumbang dalam ekonomi penduduk walaupun hanya golongan dewasa dan tua yang menjalankan aktiviti pertanian di kampung ini.

Selain tanaman kelapa sawit, tanaman sayur-sayuran seperti terung, kacang panjang, tomato dan cili hijau juga diusahakan di tanah rizab yang diberikan kepada peneroka. Oleh kerana keadaan bentuk geografi tanah yang begitu bersesuaian hasilnya begitu produktif. Lantaran itu, setiap hasil dipasarkan di sekitar kawasan Felda atau di pasar-pasar kampung sekitar.

Melalui kepelbagaian hasil pertanian di Felda Palong Timur, hasrat kerajaan menjadikan pertanian luar bandar sebagai industri penting akan tercapai. Pertanian kini mampu menjana pendapatan yang tinggi di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada peneroka

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.