Program Cuti Sekolah di PEDi KPHI 2022

08 June 2022 | Berita Terkini

Tarikh              :           08 Jun 2022

 

Hari                 :           Rabu

 

Masa                :           9.30 pagi hingga 1.00 petang

 

 

 

            Pada tanggal 8 haribulan Jun yang lalu, sebuah program bulanan telah diadakan oleh pihak pengurusan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kampung Parit Haji Idris (PEDi KPHI) bersama-sama dengan komuniti setempat. Program yang diadakan ini adalah bertujuan untuk menyambung kembali pelajaran Microsoft Word bagi sesi 2 selepas diadakan pada sesi yang lepas. Namun begitu, terdapat juga aktiviti lain seperti kuiz dan puzzle yang berkaitan dengan ICT turut dijalankan sekali pada program kali ini. Program pada bulan ini diadakan ketika musim cuti sekolah agar para peserta dapat mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah.

 

            Pada jam 9.00 pagi lagi, kami dari pihak pengurusan sudah menanti dan menunggu kehadiran para peserta untuk datang ke PEDi KPHI ini. Setiap peserta yang hadir perlu mendaftarkan nama mereka di bahagian pendaftaran bagi tujuan merekod kedatangan. Para peserta turut perlu memastikan kesihatan diri mereka dalam keadaan baik tanpa ada sebarang penyakit bagi mengelakkan sebarang penyebaran penyakit ketika program ini berlangsung. Pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan untuk setiap peserta yang hadir pada program ini.

 

                                                  

 

            Setelah kesemua peserta sudah hadir, program pun dijalankan. Program dimulakan dengan Rapid Typing. Rapid Typing merupakan satu software di mana peserta dapat melatih jari-jemari mereka menggunakan keyboard atau papan kekunci. Di situ para peserta dapat melatih kepantasan dan ketepatan mereka ketika ingin menaip sesuatu menggunakan papan kekunci. Sebanyak 5 bab yang peserta perlu selesaikan bagi memastikan mereka tahu dan selesa ketika menggunakan papan kekunci.

 

            Usai kesemua peserta melakukan latihan Rapid Typing, kelas Microsoft Word pun terus dijalankan. Pada sesi kali ini pulak, pelajaran pertama adalah cara memasukkan bullet ke dalam word. Bullet digunakan untuk memudahkan pembacaan, meringkaskan ayat dan membuatkan sesuatu artikel itu nampak lebih kemas. Peserta juga diajar bagaimana mahu mencari pelbagai jenis bullet yang lain selain daripada bullet yang sedia ada.

 

                                                  

 

            Pelajaran yang kedua adalah cara memasukkan gambar melalui online. Ianya bermaksud gambar tersebut bukan tersedia ada di dalam komputer ataupun sudah dimuat turun tetapi diambil secara langsung di website. Untuk pelajaran ini, pelajar diajar bagaimana mahu membuat poster dan gambar diambil terus daripada online. Kemudian, peserta perlu membuat kotak daripada Text Box untuk para peserta menaip artikel di dalamya. Artikel yang perlu ditaip sudah disediakan di skrin hadapan. Para peserta perlu menggunakan kaedah bullet tadi untuk menaipnya.

 

            Setelah selesai sesi Microsoft Word, aktiviti santai pula dijalankan. Yang pertama adalah kuiz silang kata klik dengan bijak. Peserta perlu mencari perkataan yang diperlukan di dalam kuiz silang kata ini. Puzzle ini menggunakan kaedah masa dan peserta yang dapat menyelesaikan dengan awal mendapat markah yang tertinggi dan seterusnya. Aktiviti yang kedua pula adalah puzzle klik dengan bijak. Puzzle ini dibuat secara online dan sesiapa yang dapat menghabiskan dengan masa yang terpantas mendapat markah yang tinggi. Jumlah keseluruhan dikira daripada markah kuiz dan markah puzzle. Peserta yang mendapat markah tertinggi dikira sebagai pemenang.

 

            Setelah kesemua aktiviti tamat, majlis penyampaian hadiah dan cenderahati pun berlangsung. Cenderahati ini sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta yang sudi mengikuti program pada hari ini. Program tamat pada pukul 1.00 petang. Kesemua peserta pulang ke rumah masing-masing dengan dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Diharapkan program pada kali ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.