Kisah Celik IT Q2 2022 : Muhd Zariq bin Abdul Rahman

28 June 2022 | Kisah Kejayaan

Nama                           :           Muhd Zariq bin Abdul Rahman

Umur                           :           11 tahun

Jantina                         :           Lelaki

Pekerjaan                     :           Pelajar sekolah rendah

 

 

            Nama kisah celik IT pada kali ini adalah Muhd Zariq bin Abdul Rahman atau lebih mesra dipanggil Zariq ini merupakan seorang pelajar yang menetap di Kampung Parit Haji Idris ini. Beliau yang berusia 11 tahun dan mendapat pendidikan di Sekolah Kebangsaan Parit Kassan yang tidak jauh daripada rumahnya. Beliau tinggal bersama-sama dengan kedua-dua ibu bapanya dan mempunyai seorang adik perempuan. Ayahnya bekerja sebagai seorang tukang urut manakala ibunya seorang surirumah tangga sepenuh masa.

                                                  

            Beliau seringkali ke Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Kg Parit Hj Idris untuk menggunakan kemudahan yang ada di sini seperti menggunakan komputer. Beliau akan bertanya kepada pihak pengurusan sekiranya tidak memahami sesuatu ketika menggunakan aplikasi seperti Microsoft Word. Beliau juga akan menggunakan kemudahan di sini untuk menyiapkan kerja sekolah sekiranya memerlukan Internet untuk kerja sekolah beliau.

 

            Selain itu, beliau juga acapkali mengikuti program yang diadakan oleh pihak PEDi KPHI di sini. Antara program yang diikuti oleh beliau adalah Program Cuti Sekolah di PEDi KPHI 2022 dan Program Bengkel Kelas Komputer & Aktiviti Kraf yang dianjurkan oleh pihak pengurusan PEDi KPHI. Beliau boleh mengendalikan komputer dengan baik kerana beliau merupakan bekas anak murid Tabika KEMAS Kg. Parit Hj. Idris dan selalu mengikuti kelas komputer di sini.

                                                  

            Selain penggunaan komputer, beliau juga sering menggunakan perkhidmatan potostat yang ada di sini untuk kerja-kerja sekolah beliau. Hal ini kerana Pusat Ekonomi Digital ini merupakan tempat yang dekat untuk penduduk setempat untuk memfotostat dokumen tanpa perlu pergi ke pekan. Dan ianya amat menyenangkan penduduk setempat yang tidak mempunyai kenderaan untuk bergerak. Beliau berharap dapat menggunakan perkhidmatan di sini sehinggalah beliau berkerjaya.