Kisah Kejayaan (Q2) 2022 : Encik Muridan Bin Mos

30 June 2022 | Kisah Kejayaan

Nama                          :           Muridan Bin Mos

Umur                          :           47 tahun

Pekerjaan                   :           Usahawan Gerobok Cik Umi

Produk Perniagaan   :           Menjual produk BeFresh, MagicBlue & Tudung Fazura

Facebook                   :           https://www.facebook.com/profile.php?id=100082665438076

 

                                                                             

 

         Encik Muridan Bin Mos  yang lebih mesra di kenali dengan panggilan Encik Murid, berumur 47 tahun merupakan  seorang usahawan yang menjalankan perniagaan Gerobok Cik Umi bersama-sama isteri beliau.. Beliau memulakan perniagaannya ini sejak tahun 2020 lagi bagi menambah pendapatan sampingan tetapi telah membawa kepada pulangan yang lumayan dan ini secara tidak langsung membuat beliau berjaya memperkembangkan lagi  perniagaan yang merupakan minat beliau sejak dahulu lagi.

            Gerobok Cik Umi menjual pelbagai produk seperti Be Fresh Fabrik Perfume adalah pewangi fabrik yang sangat wangi, tahan sehingga 48 jam, anti bau hapak, antibakteria, mesra solat, tiada alkohol, dan sangat mudah digunakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. Produk MagicBlue merupakan produk kesihatan seperti habatussauda, minyak angin bidara dan juga gel mandian bidara yang sentiasa mendapat sambutan dari pengguna yang sudah tahu kelebihan produk Magicblue terutamanya habatussauda yang amat diperlukan semasa musim virus covid 19 ini.

            Gerobok Cik Umi juga ada menjual Tudung Fazura yang merupakan tudung yang sangat viral pada masa kini. Tudung Fazura sentiasa mendapat sambutan dari kalangan peminatnya kerana tudung Fazura adalah tudung yang murah harganya dan senang untuk di pakai.

            Platfrom yang digunakan oleh Encik Muridan untuk mempromosikan produk yang beliau jual adalah dengan menggunakan media sosial facebook, group whatsapp serta melalui status whatsapp. Walaupun perniagaan yang di bangunkan oleh Encik Muridan dan isteri beliau mempunyai banyak saingan, beliau sentiasa percaya rezeki sentiasa ada jika kita jujur dengan produk yang kita jual. Jika berminat untuk mendapatkan produk dari Gerobok Cik Umi , boleh hubungi Encik Muridan di talian : 013-8632931.