Kisah Kejayaan - Puan Noranita Abd Shukor (Nita AS )

15 March 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah kejayaan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kampung Parit Haji Idris

 

Nama                :           Noranita Binti Abd Shukor

Umur                :           45 tahun

Pekerjaan          :           Surirumah dan Usahawan

 

Produk yang berasaskan kacang soya yang telah di usahakan oleh Puan Noranita Binti Abd Shukor di bawah penjenamaan Nita AS. Puan Nita mula beroperasi  mengusahakan produk yang berasaskan kacang soya pada 13 Febuari 2007 dengan hanya bermodalkan sekilo kacang soya sahaja. Nita AS telah di daftarkan di SSM Melaka pada 21 Mac 2007 dengan nombor pendaftaraan MA0108448-K. Produkyng di usahakan oleh Puan Nita di kenali dengan produk berasaskan kacang soya di antaranya adalah kerepek tempe, biskut tempe dan kacang soya dengan pelbagai perisa.

Pada permulaan berniaga , Puan Nita hanya  mendapat tempahan pertama dari teman-teman sewaktu perayaan Aidilfitri  sahaja. Kemudian produk kacang soya mula memperolehi  pasaran sekitar pekan Bukit Gambir, Serom, Muar dan Tangkak. Puan Nita juga menerima bantuan dari pihak MARA sebanyak rm10,000.00 pada bulan Jun 2009 untuk membina bengkel dan mengembangkan perniagaan. Selain itu,Puan Nita juga menerima bantuan peralatan untuk kerja-kerja pembuatan dari Jabatan Pertanian pada Januari 2010. Di sebabkan mendapat permintaan yang menggalakkan dari pelanggan , Puan Nita telah mengaji pekerja seramai 4 orang bagi mempermudahkan proses membuat produk kacang soya.

           Nita As telah mula memperkenalkan produk keluaran dengan pelbagai perisa seperti kerepek tempe asli,pedas,jagung dan coklat. Di samping itu Nita AS juga telah memperkenalkan produk baru syarikat iaitu biskut tempe dengan 2 perisa iaitu asli dan coklat. Pada November 2012 , Nita AS telah melancarkan satu lagi produk baru yang mendapat sambutan sambutan yang amat memberangsangkan iaitu kacang soya sira pelbagai perisa. Produk kacang soya Nita AS telah mula menembusi pasaran dari luar kawasan tempat tinggal pada bulan April 2011 iaitu di Mersing,Johor Bahru dan Pahang.