Program Marhaban Bersama Pelajar Tabika Kemas KPHI

27 July 2016 | Berita Terkini

PROGRAM MARHABAN BERSAMA TABIKA KEMAS KPHI

Tarikh               :    27 Julai 2016

 Masa                :    09.00 pagi – 12.00 tengahari

 

            Pada 27 Julai iaitu hari Rabu yang lalu, sebuah program pada bulan Syawal telah dilaksanakan dengan jayanya bersama-sama dengan pelajar tabika kemas serta guru di PI1M Kampung Parit Haji Idris ini. Objektif utama program ini adalah sebagai sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan PI1M Kampung Parit Haji Idris bersama dengan komuniti setempat. Selain itu, program yang dijalankan juga adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan di antara staff PI1M, pelajar dan guru. Program marhaban ini juga diadakan bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2016 yang masih lagi terasa bahangnya sehingga kini.

Program bermula dengan menyambut kedatangan para pelajar dan guru tabika ke PI1M Kampung Parit Haji Idris sekitar jam 09.00 pagi. Oleh kerana bulan Syawal masih belum penghujungnya lagi, maka pihak Pi1M telah berbincang dengan guru tadika untuk mengadakan Marhaban berserta jamuan Hari Raya. Sebelum marhaban, pelajar di kehendaki masuk kelas E-Learning terlebih dahulu. Kami menggunakan website www.abcya.com untuk mengajar pelajar tadika ini. Kami mengajar menaip huruf ABC. Kelas terbahagi mengikut kategori umur iaitu umur 4, 5 dan 6 tahun. Setiap kelas di peruntukkan setengah jam setiap sesi. Kebanyakkan pelajar berasa seronok dapat menggunakan komputer setelah sebulan kelas ini terpaksa di hentikan sementara.

Setelah hampir satu setengah jam mengadakan kelas E-Learning, kami teruskan program marhaban bersama pelajar-pelajar tabika, pembantu tadika serta guru tadika. Alhamdullilah, pelajar-pelajar ini bersemangat berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Berselawat dan mengingati Nabi Muhammad S.A.W. haruslah diterapkan kepada pelajar-pelajar ini sejak mereka kecil lagi. Supaya mereka tidak melupakan siapakah Nabi junjungan kita. Bacaan doa di sempurnakan oleh guru tadika sendiri.

Program berakhir dengan jamuan Hari Raya yang kami adakan di Balai Raya Kampung Parit Haji Idris iaitu bersebelahan dengan Pi1M. Setiap pelajar di kehendaki membawa kuih raya sebalang. Ini menyebabkan kuih raya menjadi banyak kerana pelajar tadika adlah seramai 26 orang. Pihak kami, menyediakan Nasi Lemak Ayam Goreng berserta minuman. Manakala pihak tadika menyediakan kuih muih. Pelajar-pelajar seronok dapat menikmati juadah Hari Raya sediakan. Program tamat pada pukul 12.00 tenghari. Para pelajar menanti kehadiran ibu bapa masing-masing untuk menjemput. Diharapkan akan ada lagi program-program yang akan dilaksanakan kelak.