Program Kuiz Sejarah Kemerdekaan

17 August 2016 | Berita Terkini

PROGRAM KUIZ SEJARAH KEMERDEKAAN SEMPENA MENYAMBUT BULAN KEMERDEKAAN KE-59

 

Tarikh               :   17 Ogos 2016

 

Masa                :   2.00 petang – 5.30 petang

 

Pada tanggal 17 Ogos yang lepas bersamaan dengan hari Rabu, sebuah program Kuiz Sejarah Kemerdekaan telah dilancarkan bersempena dengan bulan Kemerdekaan pada tahun ini. Objektif program ini dijalankan adalah bertujuan sebagai sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan PI1M Kg. Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat. Selain itu, program yang dijalankan adalah bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara staf PI1M, pelajar, guru dan ibu bapa. Pertandingan yang diadakan juga bertujuan untuk menguji minda para peserta mengenai sejarah kemerdekaan Malaysia yang tercinta ini.

Soalan kuiz yang diberikan kepada para pengguna adalah berbentuk teka silang kata di mana para pengguna perlu mengisi tempat kosong yang telah disediakan dengan jawapan yang betul. Para pengguna juga boleh menjawab soalan kuiz ini menggunakan komputer di mana kebanyakan para pengguna yang menjawab soalan berbentuk begini adalah mereka yang mempunyai kelas pengajaran di PI1M Kg. Parit Haji Idris ini. Manakala untuk soalan teka silang kata di berikan kepada pengguna sekolah rendah tahap 2 dan pengguna sekolah menengah. Program Kuiz Sejarah Kemerdekaan ini telah berlangsung selama tiga (3) hari iaitu pada 15 Ogos 2016 sehingga 17 Ogos 2016. Pada hari terakhir program ini dijalankan, para pengguna mula menjawab soalan kuiz ini untuk kali terakhir yang diadakan dari jam 2.00 petang dan tamat pada 5.30 petang.

Pelbagai ragam dan tingkah laku para pengguna sepanjang program ini diadakan. Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat segelintir lagi masyarakat yang tidak mengambil kisah atau tidak mempedulikan sejarah dan fakta yang berlaku di negara kita ini. Namun begitu, terdapat juga para pengguna yang mengambil berat mengenai apa yang berlaku di dalam negara Malaysia ini. Pertandingan Kuiz Sejarah Kemerdekaan ini berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang dan hadiah saguhati turut disediakan. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.