Program Jom Masuk Kelas Dan KDB - Part 1

13 September 2016 | Berita Terkini

PROGRAM JOM MASUK KELAS DAN KLIK DENGAN BIJAK PART 1

TARIKH                     :   13 SEPTEMBER 2016

MASA                        :   9.30 PAGI – 4.30 PETANG

 

            Pada tanggal 13 September 2016 bersamaan dengan hari Selasa yang lalu, sebuah program telah diadakan di PI1M Kg. Parit Haji Idris ini. Program yang diadakan adalah program Jom Masuk Kelas dan Klik Dengan Bijak Part 1. Objektif program ini dijalankan sebagai sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan PI1M Kg. Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencapai target KPI dan jumlah ahli supaya dapat mencapai lebih 1000 orang ahli, target KPI untuk kelas dan event di samping dapat menerangkan kepada pengguna PI1M agar lebih mengenali dunia ICT dengan lebih meluas. Justeru itu, program ini dapat melahirkan generasi yang bijak dalam penggunaan komputer dan ICT serta memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan komputer dan ICT.

 

            Program dimulakan dengan pendaftaran kelas dan Klik Dengan Bijak pada jam 9.30 pagi. Sebanyak 3 kelas telah didaftarkan pada pagi tersebut. Bagi pendaftaran ahli baru pula, tiada pengguna yang berdaftar kerana kebanyakkan yang menyertai program ini adalah ahli PI1M ini. Kelas yang dijalankan pada hari pertama ini adalah Kelas Usahawan. Kelas ini bertujuan untuk memperkenalkan dunia IT kepada para usahawan agar dapat mempromosikan produk-produk mereka di media sosial.

 

            Pada permulaan kelas, semua usahawan didedahkan tentang cara-cara membuat iklan dan risalah menggunakan power point. Para peserta dibimbing bagaimana menggunakan gambar yang bersesuaian dan warna-warna yang dapat menarik minat pelanggan untuk membeli produk mereka. Mereka boleh mencari pelbagai maklumat yang diperlukan dan dikehendaki oleh mereka di Google dengan mudah sekali.

 

            Selepas itu, para usahawan juga belajar kaedah-kaedah yang diperlukan untuk membina blog dengan menggunakan blogspot. Blog ini bertujuan untuk memudahkan dan mempromosikan produk mereka dengan lebih menyeluruh sekali di serata pelusuk negeri dan berkemungkinan di serata dunia. Sebelum blog tersebut siap, mereka perlu membuat membuat pendaftaran gmail terlebih dahulu bagi mengesahkan maklumat mereka adalah betul. Hal ini adalah perkara biasa bagi sesiapa sahaja yang baru berkecimpung di dalam dunia blog. Selepas itu, para usahawan ditunjukkan bagaimana cara-cara untuk memuat naik segala iklan dan risalah yang telah dibuat sebelum ini. Mereka juga didedahkan tentang konsep dan susun atur yang dapat menarik minat orang ramai untuk membaca blog mereka dan membeli produk mereka.

 

            Pada petangnya pula, kelas Klik Dengan Bijak telah diadakan. Seramai 2 orang peserta telah mengikuti kelas tersebut. Kelas Klik Dengan Bijak ini atau lebih dikenali sebagai KDB merupakan sebuah program yang perlu diikuti oleh semua orang yang menjadi ahli PI1M. Ianya adalah sebuah platform untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai cara-cara menjadi pengguna yang bijak. Antara penerangan yang ditekankan adalah mengenai buli siber. Hal ini adalah kerana kebanyakkan pengguna PI1M terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di mana mereka ini mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Oleh itu, pihak PI1M telah memberi penerangan agar mereka tidak menjadi mangsa buli siber dan cara-cara mengatasinya serta mencegah mereka daripada menjadi pembuli siber kerana perkara tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada mereka. Selepas itu, mereka diberi latihan iaitu membuat slide show menggunakan power point. Hal ini agar memastikan mereka memhami segala penerangan dan pengisian yang telah diterangkan.

   Seterusnya, kelas terakhir yang dijalankan pada hari tersebut adalah Kelas Bimbingan Bahasa Melayu bagi sekolah menengah tahap rendah. Kelas ini bertujuan untuk menguji tahap kefahaman para pelajar terhadap subjek ini. Hasil yang diperolehi amat memuaskan kerana para pelajar dapat menjawab soalan dengan betul keseluruhannya. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.