Program Jom Masuk Kelas Dan KDB - Part 2

14 September 2016 | Berita Terkini

PROGRAM JOM MASUK KELAS DAN KLIK DENGAN BIJAK PART 2

TARIKH                     :   14 SEPTEMBER 2016

 MASA                        :   9.30 PAGI – 4.30 PETANG

         Pada tanggal 14 September 2016 bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, sebuah program telah diadakan di PI1M Kg. Parit Haji Idris ini. Program yang diadakan adalah program Jom Masuk Kelas dan Klik Dengan Bijak Part 2. Objektif program ini dijalankan sebagai sebuah program bulanan yang diadakan oleh pengurusan PI1M Kg. Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk mencapai target KPI dan jumlah ahli supaya dapat mencapai lebih 1000 orang ahli, target KPI untuk kelas dan event di samping dapat menerangkan kepada pengguna PI1M agar lebih mengenali dunia ICT dengan lebih meluas. Justeru itu, program ini dapat melahirkan generasi yang bijak dalam penggunaan komputer dan ICT serta memberi kesedaran tentang kebaikan dan keburukan penggunaan komputer dan ICT.

 

            Pada hari yang kedua program ini dijalankan, kami telah mengadakan kelas Klik Dengan Bijak dengan para peserta. Seramai 7 orang peserta telah mengikuti kelas tersebut. Kelas Klik Dengan Bijak ini atau lebih dikenali sebagai KDB merupakan sebuah program yang perlu diikuti oleh semua orang yang menjadi ahli PI1M. Ianya adalah sebuah platform untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai cara-cara menjadi pengguna yang bijak. Antara penerangan yang ditekankan adalah mengenai buli siber. Hal ini adalah kerana kebanyakkan pengguna PI1M terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di mana mereka ini mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling. Oleh itu, pihak PI1M telah memberi penerangan agar mereka tidak menjadi mangsa buli siber dan cara-cara mengatasinya serta mencegah mereka daripada menjadi pembuli siber kerana perkara tersebut tidak membawa sebarang faedah kepada mereka. Selepas itu, mereka diberi latihan iaitu membuat slide show menggunakan power point. Hal ini agar memastikan mereka memhami segala penerangan dan pengisian yang telah diterangkan.

 

            Selepas itu, kami juga mengadakan kelas ulangkaji Bahasa Malaysia untuk pelajar sekolah rendah. Hanya 2 orang pelajar sekolah rendah sahaja yang mengambil bahagian. Mereka telah datang dengan ditemani oleh ibu mereka kerana mereka masih lagi di bawah umur yang memerlukan pemantauan orang dewasa. Kelas ini diadakan bagi menguji tahap pemahaman mereka terhadap subjek tersebut dan keputusan yang diperolehi oleh mereka amat memberansangkan.

 

            Seterusnya, kami mengadakan kelas komputer yang berkonsepkan painting. Seramai 2 orang peserta yang menyertai kelas ini. Kelas ini bertujuan untuk menguji kreativiti mereka dalam melukis dan mewarna dengan menggunakan software paints. Disebabkan kelas ini tidak berteraskan teori, maka mereka berasa gembira dan seronok ketika melukis dan mewarna. Tidak dinafikan imaginasi mereka melebihi jangkaan kami.

 

            Pada sebelah petangnya pula, kelas diteruskan lagi dengan kelas bimbingan Bahasa Melayu bagi pelajar sekolah menegah tahap rendah. Kelas ini berlangsung selama 1 jam sahaja yang menekankan tajuk simpulan bahasa dan peribahasa. Kelas ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar-pelajar ini tentang maksud dan penggunaan peribahasa dengan situasi dan ayat yang bersesuaian. Disebabkan peribahasa yang begitu banyak menyukarkankan pelajar-pelajar ini mengenalpasti maksud yang tersirat.

 

            Setelah itu, kelas Matematik pula dijalankan. Seramai 2 orang pelajar yang mengikuti kelas tersebut. Kelas ini lebih tertumpu kepada pelajar sekolah rendah tahun 1 di mana mereka masih lemah dalam menguasai subjek ini. Namun begitu, latihan yang diberikan adalah senang dan mudah serta perkiraan tambah dan campur sahaja yang diberikan. Kelas ini tamat pada jam 4.30 petang sekaligus menamatkan program selama 2 hari ini. Diharapkan program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.