Program Kuiz Klik Dengan Bijak & Internet

22 October 2016 | Berita Terkini

Tarikh              :   22 Oktober 2016

Masa                :   10.00 pagi – 4.00 petang

 

       Pada tarikh 22 Oktober bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, sebuah program bulanan telah diadakan oleh pihak pengurusan PI1M Kg. Parit Haji Idris bersama-sama dengan komuniti setempat. Kuiz yang diadakan adalah bertujuan untuk menguji minda mengenai kekuatan minda para pelajar dalam pengetahuan mereka  tentang apa itu klik dengan bijak dalam pengetahuan ICT. Soalan yang telah diberikan adalah dalam bentuk online dan juga offline iaitu online bermaksud menjawab soalan menggunakan komputer yang disediakan oleh pihak PI1M manakala offline bermaksud menjawab soalan menggunakan kertas yang diedarkan kepada para peserta. Program ini telah berlangsung selama satu minggu iaitu bermula daripada 17 Oktober 2016 (Isnin) sehingga 22 Oktober 2016 (Sabtu).

 

            Program bermula pada hari Isnin dimana soalan telah diedarkan kepada para peserta secara berkala. Hal ini adalah kerana kebanyakan para peserta terdiri daripada pelajar sekolah dimana waktu persekolahan tamat pada pukul 1.30 petang. Maka dengan itu, kebanyakan soalan yang dijawab oleh mereka adalah pada sebelah petang. Mereka menjawab secara offline dimana pihak PI1M memberikan kertas, pensil dan juga pemadam kepada mereka ketika menjawab soalan. Soalan yang ditanyakan adalah berkisarkan kandungan yang terdapat dalam modul Klik Dengan Bijak dimana soalannya berkaitan dengan penggunaan internet. Masa yang diperuntukkan untuk satu sesi adalah dalam lingkungan 15-20 minit sahaja kerana tahap kesukaran soalan tidaklah begitu ketara.

 

            Seterusnya, soalan secara online telah diadakan bagi mereka yang menyertai kelas-kelas komputer yang diadakan di PI1M ini. Hal ini memudahkan mereka kerana soalan yang diberikan haruslah dijawab menggunakan komputer. Soalan secara online ini adalah lebih kurang dengan soalan yang diberikan secara offline iaitu soalan mengenai Klik Dengan Bijak yang berkaitan dengan penggunaan internet. Para peserta menjawab soalan ini pada penghujung kelas masing-masing sebelum tamat sesi pembelajaran. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir peserta yang kurang menguasai mengenai penggunaan internet ini kerana terdapat soalan yang dapat dijawab secara logik akal tetapi tidak dapat dijawab oleh para peserta. Masa yang diperuntukkan untuk sesi ini lebih kurang antara 15-20 minit sahaja.

           

      Pada hari terakhir program iaitu pada hari Sabtu, semua peserta telah menjawab soalan ini untuk kali terakhir samada secara online mahupun offline. Pihak pengurusan telah meneliti dan menyemak semua jawapan yang telah diserahkan oleh para peserta. Setelah menyemak dan memberi markah untuk keseluruhan soalan, peserta yang mendapat markah yang tertinggi mendapat penghargaan daripada pihak PI1M ini. Peserta dihadiahkan dengan nilai barang yang berbeza-beza berdasarkan markah yang diperolehi oleh mereka. Penyampaian hadiah dilakukan pada pukul 4.00 petang. Sejurus itu, program tamat dengan jayanya dengan kerjasama semua para peserta. Diharapkan program-program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.