Program Kolaj KDB Bersama Tabika

26 October 2016 | Berita Terkini

Tarikh              :   26 Oktober 2016 (Rabu)

Masa                :   8.30 pagi – 12.30 tengahari

       Pada tarikh 26 Oktober bersamaan dengan hari Rabu yang lalu, sebuah program bulanan telah diadakan oleh pihak pengurusan PI1M Kg. Parit Haji Idris bersama-sama dengan pelajar tabika Kg. Parit Haji Idris. Pertandingan kolaj ini merupakan sebuah aktiviti gunting dan tampal yang memberi kecergasan kepada para pelajar untuk mencantum semula gambar yang telah diberikan kepada mereka oleh pihak kami. Selepas itu, sebuah video yang berkaitan dengan pendidikan telah ditayangkan kepada para pelajar sejurus selepas pertandingan kolaj ini tamat.

      Seawal jam 8.30 pagi, kami telah menunggu dan menyambut kedatangan para pelajar tabika yang hadir yang dihantar oleh ibu bapa masing-masing di PI1M Kg. Parit Haji Idris ini. Guru tabika telah memaklumkan kepada para ibu bapa bahawa terdapat program yang diadakan oleh pelajar-pelajar tabika ini bersama-sama dengan pihak pengurusan PI1M. Seramai 25 orang pelajar telah menghadirkan diri pada hari tersebut. Sebelum pertandingan berlangsung, para pelajar ini menyanyikan lagu Bangsa Johor, lagu Negaraku dan lagu KEMAS.

     Selepas itu, para pelajar dibahagikan mengikut kategori masing-masing iaitu kategori 4 tahun, kategori 5 tahun dan kategori 6 tahun. Hal ini adalah kerana kolaj yang diberikan mempunyai tahap kesukaran yang tersendiri. Selepas para pelajar berada di dalam kumpulan masing-masing, pihak pengurusan telah menerangkan tentang cara-cara pertandingan ini dijalankan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mereka. Kemudian, sehelai kertas telah diedarkan kepada setiap orang pelajar. Mereka juga dibekalkan dengan kertas warna bagi menampalkannya di atas kertas yang diberikan mengikut warna-warna yang telah ditetapkan. Mereka juga diberikan gunting dan gam untuk melakukan aktiviti ini. Mereka memulakan aktiviti ini sekitar jam 9.00 pagi.

     Terdapat pelbagai ragam yang ditunjukkan oleh para pelajar tabika ketika sesi pertandingan sedang dijalankan. Pada awal pertandingan, para pelajar kelihatan begitu bersemangat sekali untuk menggunting dan menampal kertas-kertas warna yang disediakan di atas kertas masing-masing. Bagi pelajar 4 tahun, mereka tidak begitu mahir lagi dalam mengenal pasti warna. Maka dengan itu, mereka telah dibimbing oleh guru mereka sendiri. Bagi pelajar 5 tahun yang mempunyai ahli yang teramai, keadaan agak kelam-kabut kerana masing-masing ingin mahu mengambil kertas warna dalam jumlah yang banyak. Namun begitu, mereka dipantau dan dibantu oleh pembantu tadika yang ada. Pelajar yang berumur 6 tahun agak mudah dikawal kerana mereka sudah boleh berdikari sendiri dan melakukan kerja dengan sendirinya. Pertandingan tamat pada jam 10.45 pagi.

     Sejurus itu, para pelajar ditayangkan dengan video berkaitan dengan pendidikan selepas tamat pertandingan. Mereka berkumpul di dalam satu kelompok bagi menonton video tersebut. Sementara itu, guru tabika dan pihak pengurusan berbincang mengenai kolaj yang dihasilkan dan mencari para pemenangnya. Setiap kategori mempunyai pemenang bagi nombor 1, 2 dan 3. Selebihnya menerima hadiah saguhati daripada pihak PI1M. Tontonan video tamat pada pukul 12.15 tengahari.

    Majlis penyampaian hadiah telah dijayakan oleh Pengurus PI1M Kg. Parit Haji Idris. Pemenang bagi tempat 1, 2, dan 3 telah diumumkan oleh guru tabika bagi setiap kategori. Pemenang dipilih berdasarkan kolaj yang cantik dan kemas. Hadiah yang diberikan juga mengikut kategori masing-masing. Program tamat pada pukul 12.30 tengahari. Ibu bapa pelajar sudah mula menjemput anak masing-masing dan membawa mereka pulang. Diharapkan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang.