KISAH KEJAYAAN – PUAN MARSITA BINTI TALIB (USAHAWAN ONLINE - MINYAK WANGI)

30 December 2016 | Kisah Kejayaan

Nama                   :   Puan Marsita binti Talib

Umur                    :   29 tahun

Pekerjaan             :   Supervisor di sebuah restoran makanan segera dan

                               Usahawan online

 

          Wan Body Perfume merupakan sebuah produk minyak wangi yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Malaysia masa kini. Minyak wangi yang diperkenalkan boleh digunakan oleh semua lapisan masyarakat tidak kira muda, tua, kanak-kanak mahupun orang dewasa. Produk ini diperkenalkan oleh rakan beliau semasa meneruskan pengajian di peringkat universiti. Pada mulanya, Puan Marsita hanya mahu mencuba minyak wangi tersebut kerana seringkali mendengar mengenai produk ini di kalangan rakan-rakannya dan media sosial. Namun begitu, setelah mencuba produk ini beliau tertarik untuk menjadi agen bagi produk tersebut setelah kawan beliau mengesyorkannya kerana kawasan tersebut belum mempunyai agen bagi produk tersebut.

          Wan Body Perfume bukan sahaja tertumpu kepada minyak wangi lelaki tetapi minyak wangi kepada wanita juga. Perisa bagi minyak wangi lelaki terdiri daripada 5 jenis iaitu Dunhill desire blue, Bvlgari bvlmen, Giorgio Armani acqua, Hugo boss men dan Hugo boss enigized. Setiap perisa ini mempunyai bau dan keistimewaannya yang tersendiri. Bagi perisa wanita pula, terdapat lebih 10 jenis perisa yang boleh dipilih kaum wanita. Antaranya adalah Paris Hilton Passport, Body shop vanilla, Body shop Apple blossom, Avril Lavigne forbidden rose dan bermacam-macam lagi. Walaupun produk ini tertumpu kepada pengeluaran minyak wangi, tetapi terdapat sebuah lagi produk dibawah jenama Wan Body Perfume ini iaitu air freshener. Wangian ini boleh diletakkan di dalam kereta ataupun rumah dengan ketahanan yang tahan lama. Air freshener ini mempunyai pilihan sebanyak 15 jenis perisa yang popular.

            Puan Marsita mula menceburi bidang jualan online ini sejak awal bulan Oktober 2016 lagi. Walaupun mempunyai pekerjaan tetap di salah sebuah restoran makanan segera, namun ini tidak menghalang beliau untuk mencari pendapatan sampingan dengan berniaga secara online.