Mengenai PI1M

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) KPHI mula beroperasi pada tarikh 3 Mei 2010. Pada tarikh berkenaan PI1M masih dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti atau PJK. Rancangan untuk membina PI1M ini hasil gabungan kerjasama 3 pihak iaitu Suruhanajaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Celcom dan Nusuara Technologies. Syarikat-syarikat ini bekerjasama dalam mencapai objektif iaitu pembangunan jaringan internet di luar Bandar. Maka proses pemilihan kampung dan felda dijalankan berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Untuk mukim Gersik ini Kampung Parit Haji Idris menjadi pemilihan. Pemilihan kampung ini juga mendapat sokongan pejabat daerah. Setelah perbincangan mencapai keputusan bersama, PI1M Kampung Parit Haji Idris  memulakan operasinya di Balairaya Kampung Parit Haji Idris.

Pada 24hb Mei 2010, PI1M Kg. Parit Hj. Idris telah menerima kunjungan daripada pihak SKMM, Celcom dan Nusuara atas lawatan UAT (User Acceptance Test). Kunjungan pada pukul 10.30 pagi itu disambut meriah oleh penduduk setempat. Lawatan yang mengambil masa lebih dari satu jam membuktikan semua pihak berpuas hati dengan perkhidmatan kami di sini. Kami amat berbangga kerana mendapat pujian dari pihak SKMM dan Celcom yang menyatakan PI1M kami merupakan PI1M yang terbesar dan tercantik. Layanan dari ketua kampung di sini juga tidak kurang hebatnya. Semua pihak berkomunikasi dengan suasana yang agak meriah dan bekerjasama.

Perkhidmatan yang ditawarkan di pi1m ini ialah penggunaan komputer berinternet dengan kadar 4.0mps, print, photostat, laminate dan lain-lain lagi. Kami juga menyediakan kelas komputer kepada semua lapisan umur yang ingin belajar. Perkhidmatan lain yang menarik adalah program kampung tanpa wayar , yang mana kampung yang menjadi pilihan akan disediakan kemudahan internet atau lebih mudah untuk kita kenali sebagai wifi.

Pihak PI1M sangat mengalu-alukan pengguna menggunakan kemudahan yang disediakan untuk aktiviti berfaedah. Sebagai contoh kemudahan ini digunakan untuk aktiviti jual beli yang mana kita tahu bahawa urusniaga menggunakan online menjadi trend masa kini. Disini kami juga bekerjasama dengan pihak tabika Kemas untuk mengadakan sesi kelas berkomputer bersama pelajar tabika dua jam seminggu. Sesi ini adalah bertujuaan untuk mendidik pelajar ini supaya lebih pantas mengenali komputer. Bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

Selain itu juga, ada juga program luar yang dilakukan oleh pihak PI1M antaranya ialah aktiviti gotong-royong, sukaneka, dan aktiviti kemasyarakatan. Program ini hasil kerjasama bersama dengan penduduk kampung ini dan kampung sekitarnya. Program ini dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan diantara kakitangan PI1M dan penduduk kampung. Disamping itu juga pihak PI1M mampu menghulurkan bantuan dari segi penyediaan kertas promosi dan penyediaan.


Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Parit Haji Idris :


Lokasi

Kampung Parit Haji Idris

UST Area

Balai Raya Kampung Parit Haji Idris

Daerah

Ledang

Negeri

Johor

Populasi

1357 orang

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah & Kelapa Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu) , Perikanan

Jumlah Keahlian

(setakat 30 September 2015)

965 ahli

Lat/Long PI1M

N2.2203,E102.6414

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

3 Mei 2010

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Nama: Umi Nadia Binti Ab Rahman

Email:nadia@celcom1cbc.com

No Telefon:019-6811595

 

Penolong Pengurus

Nama:Muhammad Syahmi Bin Mohd Nor

Email:syahmi@celcom1cbc.com

No Telefon:019-6337173

 

Website

http://www.celcom1cbc.com/parit-hj-idris

Kampung Tanpa Wayar

1.     Balai Raya Kg Parit Haji Idris (Zon 1)

 

2.     Kg Parit Haji Idris (Zon 2) – Rumah Cikgu Khudairi

 

3.     Kg Parit Haji Idris (Zon 3) – Rumah Encik Affendi

 

4.     Kg Parit Haji Idris (Zon 4) – Rumah Encik Zulkifli

 

5.     Kg Parit Jarum Darat – Rumah Encik Mohd Shah

 

6.     Bukit Gambir (Zon 1) – Tabika Kemas Taman Bandar

                                            Baru Bukit Gambir

7.     Bukit Gambir (Zon 2) – Sekolah Agama Bukit Gambir